Buletin

PHSAM BUKA PENDAFTARAN MINAT JENTERA EV AUDI E-TRON. LANCAR TAK LAMA LAGI!

PHS Automotive Malaysia Sdn. Bhd. (PHSAM) yang bertanggungjawab ke atas kenderaan jenama Audi di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka sudah mula menerima pendaftaran minat ke atas rangkaian model elektrik e-tron. 

Model EV e-tron dijangka dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan mungkin dimulakan menerusi pengenalan sedan coupe RS e-tron GT dan e-tron GT quattro. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyatakan minat ke atas model EV seperti Q8 e-tron and Q8 Sportback e-tron. 

Pelanggan boleh menyatakan minat mereka di pautan INI. Anda hanya perlu menyatakan e-mel, nama penuh, nombor telefon, pengedar kegemaran dan model yang hendak dibeli. 

Masuk ke laman web rasmi PHSAM, ia kini menawarkan rangkaian penuh model Audi yang terdiri daripada A3, A4, A5, A6, A7, A8, SUV Q2, Q3, Q5, Q8, jentera berprestasi tinggi RS dan terkini keluarga EV e-tron. 

Audi mula melancarkan e-tron GT ke pasaran global pada Februari 2021. Sedan berprestasi tinggi empat pintu itu menggunakan teknologi pembangunan EV Porsche Taycan. Di Jerman, model asas Quattro dijual pada harga bermula €99,800 (RM489,175) manakala versi RS pula berharga €138,200 (RM677,395).

Model standard e-tron GT Quattro mampu menghasilkan kuasa mencecah 476hp dan tork 630Nm, sementara model RS menawarkan kuasa 589hp dan tork 830Nm. Kedua-dua model dilengkapi motor elektrik berkembar elektrik dengan transmisi dua kelajuan untuk prestasi terbaik.

Hasilnya, jentera yang mendapat sentuhan rekaan daripada ilham Grand Turismo itu berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.3 saat.  

Ia juga hadir dengan teknologi 800 Voltan terkini Audi, sistem pengecasan pantas dan sistem pengurusan tenaga haba yang lebih efektif. Dilengkapi bateri berkapasiti 86 kWh, jentera berkenaan mampu bergerak sehingga 488km dengan sekali caj. 

Berminat? Jangan lupa nyatakan minat anda sekarang! 

Google ads
Back to top button