Buletin

MASIH ADA HARAPAN UNTUK LELAKI YANG TERLANGGAR 4 BUAH FERRARI SEKALIGUS

Dua hari lepas seorang penghantar barang dari Taiwan bernama Lin Chin-Hsiang telah terlanggar empat buah Ferrari bila terlelap sewaktu memandu dengan jumlah kerosakan dianggarkan bernilai RM6.6 juta. Lebih memburukkan keadaan bila Lin pada ketika itu memandu sebuah van Mitsubishi milik ibunya yang tidak mempunyai perlindungan insuran. Ia juga melibatkan kos RM162,000!

Boleh tahan malang nasib yang menimpa Lin tapi menariknya bila berita kemalangan itu tersebar setelah dilaporkan oleh BBC News, beliau kini telah menerima sumbangan dari komuniti seluruh Taiwan untuk membantu membayar kos gantirugi tersebut.

Berita tentang kemalangan ini telah menjadi bualan hangat di Taiwan di mana rata-rata penduduk semakin tidak berpuas hati dengan jurang kekayaan yang semakin besar. Keluarga Lin merupakan antara ribuan rakyat yang semakin tertekan untuk meneruskan kehidupan. Sewaktu kemalangan berlaku pada jam 5:40 pagi, beliau sedang melakukan penghantaran untuk kedai milik ibunya selepas berkerja seharian di sebuah restoran BBQ. Ujian yang dilakukan polis menunjukkan yang Lin bukan di bawah pengaruh alkohol dan yakin yang beliau cuma kepenatan.

Lin menyatakan yang beliau kesal dengan kemalangan yang terjadi kerana niat awalnya hanyalah untuk membantu meringankan beban ibu beliau tapi nampaknya ia semakin memburukkan keadaan.

Selepas berita kemalangan tersebut tersebar, masyarakat Taiwan segera bertindak untuk memberikan bantuan. Mereka menelefon pihak polis menawarkan bantuan dan ada yang terus berkunjung ke kedai keluarga Lin. Bukan itu sahaja, ada yang sanggup memandu dari Central Taiwan untuk memberikan derma kepada mereka. Ada yang sesat dan ada yang kurang sihat tetapi masih bertemu keluarga Lin untuk memberikan bantuan. Ada yang memberikan 5,000(RM678.70) malah 10,000(RM1357.40) dolar Taiwan dengan pesanan agar membantu orang dlam kesusahan di kemudian hari.

BACA: BREK AUTOMATIK BOLEH KURANGKAN 50 PERATUS RISIKO KEMALANGAN

Lebih 100 orang menderma dengan kutipan keseluruhan USD24,000 (RM100,344). Dengan pendapatan bulanan sekitar 35,000 dolar Taiwan (RM4750), Lin perlu menjelaskan ansuran gantirugi selama 28 tahun tanpa bantuan pihak luar.

Ramai juga yang menelefon tuan-tuan punya Ferrari terbabit agar melepaskan Lin dari menanggung kos pembaikian namun mereka bertegas yang mereka juga telah bekerja keras untuk memdapatkan kereta terbabit. Tapi mereka masih berlembut hati kerana membenarkan Lin menjelaskan bayaran terbabit secara ansuran.

Lin juga bersetuju dan meminta maaf kerana kemalangan terbabit. Beliau mengakui kesalahan dan bersetuju membayar gantirugi walaupun dalam jangkamasa yang sangat panjang. Apa pun beliau memang seorang gentleman kerana sanggup bertanggungjawab atas kesalahan sendiri. Bravo Mr. Lin.

Sumber Carbuzz.com

Google ads
Back to top button