Buletin

BREK AUTOMATIK BOLEH KURANGKAN 50 PERATUS RISIKO KEMALANGAN

Suka atau tidak, dunia automotif sudah menjurus ke atah program automasi. Satu masa nanti, kenderaan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kemahiran manusia. Peringkat demi peringkat, tahap automasi kenderaan dipertingkatkan dengan satu tujuan – menjadikan jalanraya tempat yang lebih selamat.

Sistem keselamatan pasif sudah menjadi syarat wajib bagi kenderaan. beg udara, talipinggang keledar, ABS, zon remuk, tiang yang diperkukuhkan dan setiap ujian keselamatan ini mendapat penarafan badan-badan seperti NCAP.

Kemudian, ada sistem keselamatan aktif seperti Kawalan Traksi (Traction Control), LKAS dan sebagainya. Pada tahap ini, ramai pengeluar sudah mula membangunkan sistem sistem brek automatik.

Kenderaan akan berhenti atau perlahan sekiranya terdapat halangan objek seperti kereta atau pejalan kaki. Satu masa dahulu, teknologi sebegini hanya ada pada kereta premium yang mahal, namun sekarang Perodua pun sudah memberi opsyen pada model Myvi menerusi sistem ASA. Walaupun asas, namun, ia dilihat sebagai satu usaha penting untuk menjadikan pergerakan kereta lebih selamat.

Sistem brek automatik ini telah terbukti mampu mengurangkan kemalangan. Di Amerika Syarikat, satu kajian telah dibuat oleh Persatuan Automobil Amerika (AAA) menunjukkan peningkatan dari segi pengurangan jumlah kemalangan. Walaupun pada awalnya terdapat beberapa kelemahan namun kajian yang dilakukan oleh badan berwajib lain ternyata sangat positif.

Institut Keselamatan Jalan Raya (IIHS) telah  menjalankan ujian kenderaan untuk General Motors yang dilengkapi dengan amaran perlanggaran hadapan dan brek kecemasan automatik. Ujian mendapati perlanggaran hadapan mengurangkan risiko mengalami kemalangan dan menggabungkannya dengan brek kecemasan automatik mempunyai kesan yang lebih ketara.

Menurut IIHS, kereta GM dengan penggera automatik dan amaran perlanggaran ke hadapan mencatatkan 43 peratus lebih rendah berbanding kenderaan yang sama tanpa sistem ini.

Bagi kenderaan dengan sistem “Amaran” sahaja, kemalangan hanya dikurangkan sebanyak 17% manakala kemalangan dari belakang turun sebanyak 30%.

“Ujian telah membuktikan bahawa amaran kecemasan depan berfungsi baik dan ia berfungsi lebih baik apabila ia tidak semata-mata bergantung kepada respon dari pemandu,” kata Jessica Cicchino, naib presiden bahagian penyelidikan IIHS.

 

Google ads
Back to top button