Buletin

MaxTAG ATAU E-TAG? SAMA SAHAJA, RM143 SEUNIT, KUALITI LEBIH BAIK KATANYA

Pengguna kini boleh memilih sama ada untuk membeli peranti SmartTAG yang dikatakan lebih berkualiti.

Sebelum anda jadi lebih keliru, harus tahu bahawa pihak Touch n GO tidak lagi menjual SmartTAG. Tetapi peranti itu kini ditawarkan oleh dua buah syarikat berbeza iaitu EFKON Asia Sdn. Bhd. (EFKON Asia) dan Sigma Technology Sdn. Bhd.

EKON Asia menjenamakan peranti mereka sebagai E-TAG. Manakala Sigma Technology menggunakan jenama MaxTAG yang dijual secara dalam talian menerusi Lazada dan 11Street.

Sambutan terhadap peranti MaxTAG cukup memberangsangkan dengan lebih 1,500 unit berjaya dijual sejak ia ditawarkan di Lazada dan 11Street.

E-TAG dan MaxTAG ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM143 (RM138 dan caj penghantaran sebanyak RM5 jika anda membelinya dari Lazada atau 11Street).

Anda juga boleh mendapatkan peranti tersebut secara offline dari stesen minyak Shell dan kedai-kedai aksesori terpilih di seluruh negara.

Buat masa sekarang, peranti itu didatangkan dengan jaminan selama setahun. Tetapi Sigma Technology memberitahu pihaknya akan menawarkan jaminan tambahan selama dua tahun dengan bayaran cuma RM15 tidak lama lagi.

EFKON pula merancang untuk memasang peranti TAG inframerah binaan dalam yang sama seperti Myvi baharu kepada pengguna di Malaysia.

Pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch menyatakan bahawa generasi baru SmartTAG itu menyediakan fungsi, mudah alih, boleh dipercayai dan efisien pada harga lebih kompetitif.

Sama seperti SmartTAG, E-TAG dan MaxTAG ialah peranti yang mudah digunakan serta boleh dipindahkan untuk kegunaan kenderaan lain kerana ia tidak memerlukan pemasangan khusus.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai beberapa buah kereta dan tidak mahu membeli MaxTAG atau E-TAG berbeza, pemegangnya akan ditawarkan pada harga RM8 seunit.

Menjawab soalan kenapa SmartTAG (nipis) selalu tidak dapat berfungsi dengan, Blasch memberitahu, antara sebabnya adalah talaan sudut yang tidak betul. Masalah pengurangan kos juga memaksa komponen lebih murah dan kurang berkualiti terpaksa digunakan.

Namun, semua isu itu dikatakan sudah diselesaikan dalam peranti baharu ini. Jadi, anda tidak perlu bimbang jika hendak membeli E-TAG atau MaxTAG. Alat itu juga didakwa lebih tahan lasak dan mampu bertahan sehingga 15 tahun.

Memang betul, pengguna perlu menggunakan jenama dan jenis bateri 9V yang khusus. Blasch mencadang bateri super alkali jenama GP dan Energizer ini kerana ia memerlukan lebih kuasa ketika digunakan di pondok tol.

Google ads
"
"
Back to top button