
GWM MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN TOUCH ‘N GO, SOKONG MOBILITI LEBIH PINTAR
GWM Malaysia menjalin kerjasama dengan Touch ‘n Go dalam usaha memperkukuh pengalaman mobiliti pintar menerusi demonstrasi Titan Flow Technology, sekali gus memperlihatkan bagaimana teknologi digital dapat meningkatkan pengalaman pemanduan harian.
Kerjasama itu menyaksikan Touch ‘n Go bertindak sebagai rakan mobiliti bagi sesi pandu uji media yang berlangsung di lorong RFID Enhanced di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Bagi menjayakan demonstrasi berkenaan, GWM Malaysia menyediakan pelbagai model daripada rangkaian kenderaannya yang merangkumi beberapa kategori dan pilihan trenkuasa.

Ia memberi peluang kepada peserta merasai sendiri kecekapan penyelesaian mobiliti yang menggabungkan teknologi kenderaan dengan infrastruktur digital.
Menurut Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat GWM Malaysia, Cui Anqi, pengguna masa kini mengharapkan pengalaman pemanduan yang lebih mudah, lancar dan saling berhubung.
Katanya, kerjasama antara pengeluar automotif dan penyedia teknologi seperti Touch ‘n Go mampu menghasilkan inovasi praktikal yang memberi nilai tambah kepada pemilik kenderaan.
“GWM Malaysia akan terus menyokong inisiatif yang membawa manfaat sebenar kepada pengguna serta mempertingkatkan pengalaman pemilikan kenderaan,” katanya.
Sebagai antara jenama automotif yang menawarkan pilihan trenkuasa paling lengkap di Malaysia, GWM Malaysia memiliki barisan model yang merangkumi kenderaan elektrik (EV), hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam pelbagai segmen.
Melalui kerjasama seumpama ini, syarikat berharap dapat menyokong pembangunan ekosistem pengangkutan yang lebih pintar, cekap dan bersedia menghadapi keperluan mobiliti masa depan.
- BACA: GEELY GALAXY TT ULTRA DIBUKA UNTUK PRA-TEMPAHAN DI CHINA, TAMPIL SISTEM PACUAN ELEKTRIK 16-IN-1 PERTAMA DUNIA
- BACA: CFMOTO 800MT-ES TIBA DI EROPAH – DENGAN SUSPENSI ELEKTRONIK, RADAR
- BACA: NI MAKSUD SEBENAR WARNA PADA ANGKUP BREK JENTERA NISSAN
- BACA: CASTROL LANCAR PROGRAM ‘e-HAILING HEROES’ – SOKONG PEMANDU E-HAILING MENJELANG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026








