MYTUKAR LANJUT KERJASAMA BERSAMA TOUCH ‘N GO E-WALLET HINGGA 31 MAC 2023. TAWAR PULANGAN TUNAI RM350
myTukar mengumumkan lanjutan kerjasama bersama Touch ‘n Go eWallet menerusi kolaborasi pulangan tunai selepas mendapat sambutan positif. Tawaran tersebut kini boleh dinikmati sehingga 31 Mac 2023.
Pengguna Touch ‘n Go eWallet masih boleh mendapat pulangan tunai sehingga RM350 dalam bentuk kredit e-Wallet apabila pengguna berjaya menjual atau menukar beli kereta melalui myTukar. Setelah segala proses selesai, pengguna akan menerima tawaran daripada myTukar dalam tempoh 24 jam sama ada untuk menjual atau menukar beli kenderaan mereka.
“Kami ingin memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman jual beli kereta yang selamat, lancar dan mudah melalui ekosistem kereta terpakai kami. Selain pelbagai tawaran kenderaan pra-milik tersedia di myTukar, kami juga ingin menyebarkan lebih kegembiraan serta kepuasan para pelanggan pada setiap transaksi,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng.
Tambahnya lagi, “pelanggan yang menjual kereta terpakai mereka dapat menikmati jaminan harga lebih tinggi, bayaran dalam tempoh 24 jam, serta proses pemindahan hak milik begitu mudah.”
Pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh mengakses promosi tersebut melalui aplikasi e-wallet sebelum dibawa ke laman sesawang myTukar. Setelah berjaya mengakses laman sesawang, pengguna kini boleh menjadualkan pemeriksaan kereta secara percuma dengan myTukar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Alan ni, kolaborasi bersama myTukar membolehkan para pengguna memanfaatkan platform sehenti untuk urusan jual beli kereta terpakai dengan hanya menggunakan aplikasi e-wallet, selain bakal menikmati faedah tambah setelah transaksi berjaya dilakukan.
Maklumat penting, kredit sebanyak RM350 akan dikreditkan ke dalam Touch ‘n Go eWallet milik pelanggan dalam tempoh 20 hari berkerja, bermula dari tarikh penjualan atau penukaran beli kenderaan mereka.
Maklumat lanjut mengenai myTukar dan inisiatif terkininya, sila layari https://mytukar.com. Untuk mengakses promosi pulangan tunai daripada myTukar, sila layari: https://www.touchngo.com.my/promotion/mytukar/.
- BACA: MYTUKAR JALIN KERJASAMA DENGAN DAIHATSU MALAYSIA. JUAL KENDERAAN TERPAKAI LEBIH MUDAH DAN PANTAS
- BACA: MYTUKAR KEMBANGKAN OPERASI KE SELURUH NEGARA PADA 2022. MAHU BUKA 25 BILIK PAMERAN
- BACA: MYTUKAR UMUM INTEGRASI DENGAN CTOS APPLICATION AND DECISIONING, KELULUSAN PINJAMAN LEBIH PANTAS
- BACA: MYTUKAR LANCAR PROGRAM PERANTIS DENGAN TOC. DIJAMIN DAPAT KERJA DI MYTUKAR DAN CARRO