Buletin

MAYHEM-FX TUNE RACING S1K; ZIZAN RAZAK, TG DJAN, KEIFLI OTHMAN DAN FAYE KUSAIRI

Jadi anda kemana hujung minggu ni? Duduk rumah sambil main PS4? Ke pusat membeli belah Mid Valley kemudian maki hamun tak tentu pasal sebab tak dapat parking? Nah, kami ada cadangan yang lebih baik.

Akan berlangsung pada 1 hingga 4 september, Sepang 1000 kilometer adalah acara tahunan kemuncak pada perlumbaan domestik yang terkenal. Kat mana lagi kalau bukan kat litar antarabangsa Sepang.

s1k 4 (4)

Bermula sebagai Merdeka Millenium Endurence Race (MMER), format perlumbaan dikecilkan kepada kereta berkapasiti enjin 1900cc ke bawah. Ia kini mendapat sambutan dari pasukan luar negara termasuk Australia dan Jepun.

Proton R3 tidak menghantar pasukan mereka pada tahun ini, sebaliknya bekerjasama dengan penubuhan pasukan Mayhem-FX Tune Racing Team. Proton R3 menjadi unit sokongan terhadap pasukan baru ini yang dijangka akan memberi saingan sengit pada perlumbaan paling berprestij ini.

s1k 4 (2)

Mayhem-FX Tune Racing Team akan menampilkan pelumba handalan yang terdiri daripada Keifli Othman, Tengku Djan, Faye Kusairi dan pelawak handalan Zizan Razak. Zizan ni bawak kereta pun boleh tahan juga lah kalau kau tengok dalam MSF baru ni dia joki Integra DC5. Pasukan ini akan dikendalikan oleh pengurus Megat Shazreal.

s1k 4 (1)

Sepang 1000km atau S1K adalah antara acara yang ditunggu-tunggu oleh banyak pasukan. Tahun ini Yokohama menjadi penaja utama dan buat pertama kalinya pelumba diwajibkan menggunakan tayar Advan Fleva. Tak pernah ada orang pakai lagi setakat ni sebab ini adalah tayar baru. Beberapa pasukan katanya sedang mencuba dan sudah pastinya cabaran tahun ni akan berbeza. Semua orang pakai tayar sama kau.

 

 

 

 

 

Sumber

Proton motorsport

 

Google ads
Back to top button