Buletin

TOYO TIRES LANTIK TENGKU DJAN SEBAGAI DUTA JENAMA

Toyo Tyre Sales & Marketing Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelantikan Tengku Djan Ley sebagai duta jenamanya bagi tahun 2021. 

Kerjasama di anara Tengku Djan dan Toyo Tires dilihat sebagai strategi utama dalam usaha mengukuhkan posisiti Toyo Tires di Malaysia yang juga merupakan peneraju aktiviti mepasaran Toyo Tires. 

Pemilihan Tengku Djan selari dengan reputasinya selaku Drift King Malaysia. Djan juga terkenal kerana terlibat dalam banyak perlumbaan seperti Sepang 1000KM, D1 Grand Prix All-Star World Championship, Formula Drift Asia dan Toyota Gazoo Racing Festival yang ditaja oleh Toyo Tires. 

Toyo Tires akan memberi sokongan penuh kepada Tengku Djan yang bakal memulakan perlumbaan dalam Toyota Gazoo Racing Festival dan GT World Challenge Asia tidak lama lagi. Pada masa sama, Tengku Djan juga akan terlibat dalam beberapa projek yang bakal dilancarkan di rangkaian media sosial Toyo Tires. 

“Saya bersyukur kerana Toyo Tires memilih saya sebagai duta jenamanya. Keupayaan syarikat ini dalam menghasilkan tayar berprestasi tinggi di litar dan jalan raya memang sudah saya lama tahu. Sebab itulah saya sangat teruja untuk bekerjasama lebih rapat dengan Toyo Tires. 

“Semua orang harus tahu bahawa produk Toyo Tires mampu memenuhi apa jua keperluan pelanggan pada masa kini,” kata Tengku Djan.

Google ads
Back to top button