
PROTON S70 R3 JADI TUMPUAN DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024
PROTON bakal melancarkan kereta lumba PROTON S70 R3 yang dibangunkan oleh R3 Motorsports di Malaysia Autoshow 2024, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Proton S70 R3 merupakan kereta lumba serba baharu pertama Proton R3 sejak Proton Saga R3 pada tahun 2019, menandakan kembalinya jenama tersebut ke perlumbaan S1K sejak tahun itu.
Setakat hari ini, Proton R3 mempunyai lima kemenangan di tangannya, lebih banyak daripada pasukan lain, termasuk meraih kemenangan selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019.
Jentera lumba serba baharu ini adalah terusan dari legasi perlumbaan PROTON, yang bermula dari era sebelum R3 apabila syarikat bersaing dalam rally dan perlumbaan litar dengan Proton Saga.

Masih lagi dalam pembangunan, kereta dipamerkan menampilkan evolusi terbaru pakej aerodinamik yang disesuaikan untuk kereta lumba ini.
Tambahnya lagi, dua unit kereta baharu ini bakal diperjuangkan oleh pasukan pada perlumbaan Sepang 1,000km tahun ini.
Tawaran menarik dari PROTON di Malaysia Autoshow 2024
Pembeli dan pengunjung dapat meningkatkan pengalaman mereka di Malaysia Autoshow 2024 dengan promosi eksklusif dan ganjaran dari PROTON sepanjang acara tersebut.
Pengunjung yang terus membuat tempahan model Proton akan menerima hadiah eksklusif seperti pelindung matahari, pembaca tol, serta pengecas tanpa wayar untuk model terpilih.
Promosi istimewa juga ditawarkan khusus untuk tempahan yang dibuat di Malaysia Autoshow dengan pendaftaran sebelum 30 Jun 2024.
Ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk model X50, X70, dan X90 serta baucar tunai RM500 untuk model PROTON S70, Saga, dan Persona.
Terdapat juga Test Drive Lucky Spin di mana peserta dapat memutar roda bertuah untuk memenangi barangan eksklusif Proton setelah memandu uji model Proton.
GALERI:





- BACA: VPCM UMUM HARGA RASMI VOLKSWAGEN GOLF R CKD – BERMULA RM332K
- BACA: FERRARI OWNERS CLUB MALAYSIA CIPTA SEJARAH, CATAT KEHADIRAN 297 KERETA FERRARI, TARIK LEBIH 600 TETAMU
- BACA: MASAK MI SEGERA DI STESEN MINYAK, POLIS TAHAN 10 LELAKI DAN 5 WANITA
- BACA: BYD SEAGULL CETUS KEBIMBANGAN, JADI ANCAMAN KEPADA INDUSTRI AUTOMOTIF DI A.S