Artikel Pilihan

ZIZAN RAZAK BERLATIH MOTOCROSS BERSAMA PENGEJAR IMPIAN CUB PRIX

Kalau yang ada follow Zizan dekat IG mesti tau Zizan suka bermoto. Tapi skill dia sampai tahap mana? Kenalah test kan. Kali ini, Zizan sampai di Most Fun Gym @ MFG yang ditubuhkan pada 2014. Dengan tagline “Learn Off-Road, Master All Roads”, MFG merupakan gym motocross yang paling best di sekitar KL!

JUARA JUARA MANTAP KITA

Mari kita kenali pelumba kita. Dari kanan, Ahmad Afif Amran, “Raja Litar” kategori CP150 untuk Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2018 dan 2019. Asal dari Dungun, Terengganu, Afif mula berlumba pocket bike sejak kecil dan kini adalah rider professional yang tidak pernah berhenti mengejar impian untuk bergelar juara di Malaysia dan Asia Tenggara.

Haziq Fairues asal dari Klang, adalah juara Yamaha Rookie Race 2015. Terkenal dengan panggilan “Snake”, Haziq dilahirkan pada tahun ular, pandai aksi berselit-selit dan attack didalam litar, seumpama ular.

Last sekali Akid Aziz “Silent Hunter” juara kategori CP115 2016 dan 2017. Pada yang tidak rapat, Akid mungkin pendiam dan pemalu, tetapi diam-diam ubi berisi, Akid berbisa dan tidak putus asa di dalam perjalanan mengejar impian dia.

Ya panas manapun tetap kena pakai full body armour, sekalipun hanya ke pasar, sebab masa riding kena sentiasa utamakan keselamatan.

Latihan 1: BREKING KAN SENANG, BREKING PUN ADA SYARAT?

Zizan heran brek tu brek je lah, apa yang susah kan? Akid bagi dia tiga syarat, yang pertama body kena tegak, kedua  depan tak boleh lock,dan ketiga tayar belakang tak boleh terangkat. Dengar macam senang, tapi percubaan kali pertama memang tak jadi.

Kenapa breking ini penting dan ada syarat? Prestasi brek ialah kunci kepada kawalan kestabilan motosikal. Tayar bekerja dengan baik dalam keadaan menegak. Jika pemindahan berat tidak  betul, roda depan mudah terkunci dan tergelincir, sama juga apabila brek secara mengejut menyebabkan roda belakang terangkat

Latihan 2: MASA PECUTAN KENAPA TAK BOLEH TERPACAK?

Giliran Haziq untuk perkenalkan latihan kedua, iaitu kawalan pecutan. Masa permulaan pecutan roda tidak boleh spin dan tayar tidak boleh terpacak. Zizan pula asyik je terpacak.

Mesti ramai yang pernah nampak mat moto roda terpacak atau kita kenali sebagai “Wheelie”. Secara teori dan mekanikal, gabungan efek lantunan fork dan pecutan akan mengangkat roda depan dari permukaan jalan. Sebenarnya aksi ini tidak dibenarkan ketika permulaan memecut kerana ia terlalu agresif. Para profesional tahu bila masa tepat perlu memulas terotel.

Latihan 3: ASAS SELEKOH TAHU?

Latihan yang terakhir adalah kawalan selekoh. Dalam kawalan selekoh, terotel dan brek tidak boleh terlalu mendadak atau terlalu cepat. Zizan perlu brek sebelum selekoh,dan hanya buka minyak selepas selekoh. Jika Zizan membrek ketika membelok, sudut miring adalah kurang toleran dan ketidak stabilan itu boleh menyebabkan motosikal tergelincir. Mampukah Zizan membelok selekoh dengan stail?

Korang boleh tengok sendiri video di sini Zizan bersama #PengejarImpian

Untuk pengetahuan korang, #PengejarImpian adalah satu kempen untuk membakar semangat inspirasi kepada kumpulan yang lebih besar dan menjadi salah satu platform inspirasi untuk ramai bakat generasi akan datang.

Kempen ini dijalankan untuk semua individu supaya lebih berusaha untuk maju dan memiliki impian untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Jom layari sini untuk manyaksikan para Pengejar Impian PETRONAS yang ada sampai ke level juara dunia.

Jom kita bersama-sama support pelumba-pelumba Malaysia! #PETRONAS #PENGEJAR IMPIAN

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button