" "
Buletin

MAZDA CX-3 EDISI TERHAD 2020. PAKEJ MAZDASPORT DIVISION, RM14.5K

Sempena meraikan ulangtahun ke-100 Mazda, Bermaz Motor melancarkan model CX-3 2020 edisi terhad.

Dibangunkan oleh MazdaSports Division, SUV itu menampilkan beberapa penambahbaikan untuk menjadikannya lebih unik dan sofistikated.

Pakej CX-3 Limited Edition ditawarkan pada harga RM14,500 (termasuk pemasangan) dan hadir bersama jaminan selama setahun.

Senarai aksesori dalam Pakej Mazda CX-3 Limited Edition:

Bahagian luarannya diserlahkan oleh lip spoiler di hadapan dan diffuser bampar di belakang. Badannya hadir dengan cat dua tona iaitu bumbung dan trunk spoiler berwarna hitam.

Ia juga dipasang dengan rim aloi 18 inci berwarna kelabu dan kemasan brushed aluminium pada hujung ekzosnya.  

Tempat duduk, stereng, perehat tangan dan tuil gear dibalut dengan kemasan suede berwarna kelabu gelap. Karpet edisi terhad ditambah agar ruang kabin kelihatan lebih premium.

Bagi peminat muzik, subwoofer JBL® Basspro Hub bersaiz 11 inci pasti dapat memuaskan hati anda.

Penambahan lain yang lain termasuklah cagak topang hadapan, merangkumi bahagian enjin dan bawahnya.

Tidak ketinggalan, bar chasis pada bahagian tengah dan belakang dipasang untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih sporty.

Hadir dalam warna putih mutiara, serahan dijangka dibuat pada hujung Julai 2020. Ia kini dibuka untuk tempahan di mana-mana pengedar sah Mazda.

GALERI

Google ads
Back to top button