Buletin

MAZDA BT-50 2021 TAMPIL ‘ROH’ KODO. KUASA 190PS, 450NM.

Sejak penampilan sulung pada tahun 2006, trak pikap Mazda BT-50 mendapat sambutan hangat di benua Oceania, Asia Tenggara, Amerika Tengah dan Selatan, Timur Tengah serta Afrika.

Terbaharu, Mazda Motor Corporation telah melancarkan secara rasmi model terbaharu Mazda BT-50 2021  untuk pasaran global.

Ini merupakan kali pertama selepas 9 tahun, Mazda BT-50 yang dibangunkan daripada trak pikap Isuzu D-Max diperbaharui rekaannya kelihatan lebih sporty dan tegap.

Model terbaharu generasi ketiga ini menerapkan rekaan Kodo Mazda. Sekali gus menyerlahkan gabungan utiliti dan kemewahan pada trak pikap yang bakal dipasarkan di Australia pada pertengahan tahun hadapan.

Di bahagian hadapan, BT-50 mengadaptasi gril krom seperti CX-9 dan keluarga SUV Mazda yang menjadikannya lebih menarik.

Trak pikap terbaharu itu juga menawarkan dua pilihan warna iaitu biru (Gunblue Mica) dan kelabu (Concrete Grey Mica).

Di bahagian kabin pula, ia menawarkan kemasan lebih moden dan mewah. Didatangkan bersama skrin sentuh 9 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay untuk sistem infotainmen.

Dari segi keselamatan, Mazda BT-50 dilengkapi sistemKawalan Pelayaran Adaptif, Brek Kecemasan Automatik, Bantuan Pengekalan Laluan, Pemantauan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.

Dikuasakan oleh enjin 3.0 liter turbodiesel dengan kuasa 190 PS dan daya tork 450 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual mahupun automatik. Bergantung kepada pilihan pengguna.

Harga jualan bagi Mazda BT-50 ini akan diumumkan nanti.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button