Artikel Pilihan

AKSESORI JDM TERKINI UNTUK KAKI KERETA – TOPENG MUKA BRIDE

Tok sah mengaku kaki kereta la kalau tak kenal jenama Bride. Kalau sebelum ini mereka banyak mengeluarkan tempat duduk perlumbaan untuk memastikan keselesaan punggung anda ketika memandu kini mereka maju setapak lagi dengan pengeluarkan produk sempena wabak pandemik Covid-19.

Menurut wakil syarikat, ia dibuat berdasarkan kepakaran mereka dalam pembuatan tempat duduk perlumbaan selama ini.

Topeng muka BR3D ini mempunyai 4 lapisan perlindungan yang mengandungi lapisan poliester, fabrik anti-UV dan bahagian luaran yang merupakan material lebihan pembuatan tempat duduk perlumbaan.

BRIDE juga menegaskan yang bahagian dalam akan sentiasa lebih sejuk berbanding topeng muka standard lain dan rasanya memang sesuai dalam keadaan cuaca Malaysia yang sentiasa panas terik.

Tali pengikatnya pula diperbuat daripada satin dan boleh dilaras untuk keselesaan. Ia lebih selesa dari pengikat jenis getah biasa dan boleh dibasuh untuk kegunaan berulang kali.

Logo BRIDE dijahit pada bahagian depan topeng tetapi kedudukannya mungkin berbeza-beza kerana ia diperbuat daripada material lebihan tempat duduk keluaran mereka.  

Harganya di pasaran Jepun ialah sekitar RM120 seunit. Memang mahal la kalau dah nama BRIDE. Ini bukan import secara pukal dari Guangzhou okey. Kat mana nak beli? Menurut wakil syarikat, di mana sahaja produk BRIDE boleh dibeli topeng ini akan turut dijual. Kat Malaysia mungkin lambat sikit kot. Kat Jepun dah jual dah, JDM katakan.

Bergaya bukan? Kalau produk ni keluar 20 tahun rasanya ia antara barang yang laris di kedai potong. JDM lah katakan. Tinggal tergamak atau tak je nak pakai kan?

Google ads
Back to top button