Buletin

WALAUPUN BUKAN KERETA SENDIRI, LELAKI SANGGUP SELAMATKAN MAZDA RX-7 FD3S DARIPADA BANJIR

Keprihatinan seorang peminat jentera-jentera sports Jepun, Austin Owens menyentuh hati netizen apabila sanggup menyelamatkan sebuah kereta Mazda RX-7 FD3S daripada dinaiki air.

Apabila Mississippi, Amerika Syarikat dibadai ribut tropika Cristobal, ada individu yang memuat naik gambar sebuah model Mazda RX-7 FD3S berwarna jingga di ruang letak kereta yang dinaiki air di Facebook.

Dia yang menetap di Gulfport, kira-kira 20 minit dari lokasi kereta itu diparkir di tingkat bawah ruang letak kereta, Kasino Golden Nugget tidak teragak-agak menyelamatkan Mazda tersebut daripada dinaiki banjir.

Kereta berkenaan diparkie bersama sebuah Ferrari 360 dan BMW 7 Series.

Biarpun Owens tidak mengetahui siapa pemilik kereta tersebut, tetapi dia tidak sanggup melihat jentera itu rosak akibat paras air semakin naik di ruang letak kereta berkenaan.

Menurut laporan WLOX, Owens dan rakannya bergegas ke Home Depot untuk membeli beberapa blok sinder. Mereka juga terpaksa meredah beberapa kawasan yang dilanda banjir menaiki sebuah Ford Bronco.

Sebaik tiba di lokasi, mereka menaikkan kereta berkenaan dan meletak blok-blok sinder di bawahnya untuk memastikan ia selamat daripada dinaiki bah.

Dalam masa sama, Owens juga sempat membantu pemilik Ferrari 360 yang kebetulan ingin memindahkan jentera berkenaan masuk ke dalam trailer.

“Saya menyelamatkan kereta berkenaan kerana ia sebuah kereta yang cantik dan sukar ditemui. Ia juga merupakan kereta idaman saya,” kata Owens.

Walaupun, berjaya menyelamatkan dua buah kenderaan,  malangnya Ford Bronco yang dinaiki Owens mengalami kerosakan transmisi kerana meredah banjir. – japanesenostalgiccar

Tags
Google ads
Back to top button