Buletin

MAZDA CX-50, BAKAL BERENTAP DENGAN BMW & MERCEDES PADA 2022

Bagi pasaran Amerika, sebanyak 154,545 unit Mazda CX-5 berjaya dijual sepanjang tahun 2020 dan di Malaysia ia merupakan sebuah crossover kegemaran bagi pemandu yang mahukan keseronokan pemanduan seharian. Mazda CX-5 dikhabarkan bakal menerima banyak pembaharuan apabila model serba baru diperkenalkan pada tahun 2023 nanti. Berdasarkan laman sesawang Autoevolution dan Best Car Web, pengganti Mazda CX-5 akan membuat penampilan sulung pada bulan Disember nanti

Antara perkara yang menarik ialah nama CX-5 dikatakan akan digantikan dengan nama CX-50 sama seperti crossover CX-30 serta menggunakan struktur platform serba baru yang diberi nama Large Architecture. Dalam platform baru ini, enjin akan dipasang secara menegak bagi menghantar semua kuasa ke tayar belakang atau dengan pilihan pacuan semua roda AWD. Format baru ini akan menggantikan format FWD yang sedang digunakan oleh CX-5 sekarang

Enjin yang diperkenalkan merangkumi enjin 6 silinder termasuklah SkyActiv-G petrol dan SkyActiv-D turbodiesel bersama-sama dengan pilihan e-SkyActiv-X. Ada 5 pilihan enjin yang ditawarkan bagi Mazda Cx-50 nanti antaranya ialah

  1. SkyActiv-G 2.5 48V M Hybrid with 190 PS and 270 Nm
  2. SkyActiv-D 2.2 with 190 PS and 450 Nm
  3. SkyActiv-G 2.5T with 230 PS and 420 Nm
  4. SkyActiv-D 3.3 with 285 PS and 600 Nm
  5. SkyActiv-X 3.0 48V M Hybrid with 285 PS and 340 Nm

Menurut satu sumber media Jepun, Mazda CX-50 akan memiliki panjang 4600mm iaitu 50mm lebih panjang daripada CX-5 dan nama CX-50 telah didaftar sebagai tanda nama dagang oleh Mazda Autralia. Namun langkah yang dibuat oleh Mazda ini sebenarnya adalah untuk memposisikan jenama Mazda ke arah jenama yang lebih premium tapi bukan mewah.

Bagi mengekalkan penguasaan pasaran crossover kompak, penganilis berpendapat nama dan model CX-5 akan dikekalkan sebagai sebuah model crossover mampu milik dan alternatif kepada Mazda CX-50 yang menggunakan Large Architecture. Sebagai contoh, walaupun Mazda CX-30 yang lebih besar diperkenalkan, Mazda CX-3 dikekalkan malah diberi naiktaraf sistem ADAS (i-Activesense) serba baru.

Google ads
Back to top button