" "
Buletin

MASA DEPAN MAZDA CX-5 MASIH BELUM PASTI

Dengan angka jualan sebanyak 365,135 unit, SUV segmen C Mazda CX-5 merupakan produk Mazda yang paling laris terjual pada tahun lepas, jauh mengalahkan model Mazda3 (173,619 unit).

Biarpun dinobatkan sebagai produk yang paling laku keras, Mazda tidak pasti sama ada mereka patut menawarkan model generasi baharu buat SUV tersebut.

Pengurus produk Mazda CX-5, Mitsuru Wakiie memberitahu Car Expert, “saya tidak pasti sama ada kami akan memperkenalkan model baharu CX-5 ataupun tidak, jadi saya tidak dapat memberikan apa-apa jawapan.

Beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut, namun menambah apa jua langkah untuk menghentikan penjualan model yang paling laris terjual itu adalah satu perkara yang mengejutkan.

Mazda mungkin berasa bimbang akan pertembungan beberapa produk yang mempunyai saiz hampir serupa, seperti CX-5 dan CX-50 untuk pasaran tertentu yang akan menjejaskan prestasi jualan mereka.

Harus diingat, Mazda pada ketika ini mempunyai barisan produk SUV generasi baharu yang sangat meluas, terdiri daripada CX-3, CX-30, CX-5, CX-8 dan juga CX-9 dan ia kemudian disusuli dengan pelancaran model CX-50 yang lebih besar berbanding CX-5, diikuti dengan CX-60, CX-90 yang baharu sahaja dilancarkan, CX-80 serta CX-70 yang akan muncul di pasaran Amerika Syarikat kelak. – Car Expert

Google ads
Back to top button