Buletin

2 CEDERA HELIKOPTER TERHEMPAS DI SUBANG

Sebuah helikopter terhempas dalam kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

“Terdapat lima mangsa warga tempatan dan dilaporkan mengalami kecederaan, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil

“Helikopter berkenaan tidak mengalami kebakaran ketika sampai di tempat kejadian,” katanya

Beliau memberitahu, pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki mengalami patah kaki kanan dan cedera di kepala dan seorang mengalami kecederaan ringan di kaki.

“Semua mangsa menerima rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – SH

Google ads
Back to top button