Buletin

MAZDA PERNAH BUAT “TYPE-R” – MAZDA 3 MPS TURBO RUPANYA DAH MURAH SEKARANG…

Mencari sebuah kereta yang menepati jiwa pemandu sebenar adalah susah sebenarnya. Tak ada kereta prestasi baru yang dijual pada harga mampu milik yang ada kuasa, manual dan pacuan hadapan. 

Paling hampir yang boleh anda beli ialah Honda Civic Type-R FK8 atau Renault Megane RS. Tapi harganya sendiri mau ingat lah.

Atau mungkin anda boleh pertimbangkan Peugeot 208 GTi. Dua pintu hatchback, 308 kuasa kuda, pacuan hadapan dan enam kelajuan manual.

Atau…

Boleh beralih pada pasaran kereta terpakai dan kami rasa, ini kereta yang tak ramai orang perhatikan.

Kereta yang dimaksudkan ialah Mazda 3 MPS.

Ia bukanlah Mazda 3 hatchback yang biasa anda lihat tetapi ini adalah versi “Type-R” yang pernah diperkenalkan oleh Mazda pada 2011 dahulu.

Mazda 3 MPS ini dikuasakan oleh enjin MZR empat selinder sebaris 2.3 liter dengan pendesak turbo. Ia memiliki sejumlah 256 hp pada 5,500rpm dan 380Nm tork pada 3,000rpm.

Dan harga pasaran terpakainya sekarang ialah sekitar RM70,000 hingga RM80,000 sahaja.

Jika dibandingkan dengan harga pasaran baru sekitar RM170,000 pada tahun 2011/2012, ia penjimatan RM100,000 yang kami rasa sangat berbaloi kalau dibandingkan dengan spesifikasi dalam kelasnya.

Kalau dibandingkan dengan Honda Civic Type-R (FD2) keluaran 2011/2012, ia masih berharga dalam lingkungan RM120,000.

Dan jika anda peminat kereta sports pacuan hadapan dari Jepun, ini mungkin calon yang boleh dipertimbangkan.

Pemeriksaan di laman web popular tempatan seperti mudah.my dan carlist.my mendapati beberapa buah model ini diiklankan oleh pemiliknya.

Hah. Apa tunggu lagi?

 

Google ads
Back to top button