
MAZDA3 - ALKISAH 20 TAHUN PERJALANANNYA
Mazda3 ini merupakan model penting buat pengeluar kenderaan dari Jepun untuk terus kekal bersaing dengan model jenama dari luar, waima dari negara Jepun sendiri. Sudah tentu Mazda3 ini direka sebagai kesinambungan model lagenda, Mazda 323.
Mazda3 kini telah pun berjaya mecapai rekod jualan yang cukup memberangsangkan selama dua dekad. Permulaan hayat generasi pertama Mazda3 ini bermula sewaktu mula dipertontonkan kepada umum di Frankfurt Motor Show 2003. Dan ianya tiba di pasaran Eropah ketika musim luruh tahun yang sama.

Kini Mazda3 telah pun melangkaui sehingga keempat generasi dan telah menjadi model hatchback utama Mazda di pasaran Eropah serta negara kelahiran sendiri, Jepun serta seluruh dunia dengan jumlah jualan yang bukan sedikit.
Dan ketika model konsep yang diperkenalkan ketika itu, MX Sportif ianya menampilkan gaya rekaan hatchback generasi Mazda seterusnya. Reka bentuk tersebut telah direka oleh Ketua Pereka Hideki Suzuki melibatkan kerjasama diantara pusat reka bentuk Mazda di California, Jerman dan Jepun.

Sewaktu rekaan akhir dipertontonkan di Frankfurt Motor Show 2003, ianya telah direka oleh Hasip Girgin, dengan kekal menampilkan rupa kereta konsep di bahagian luar dan dalam. Mazda3 ditawarkan dengan pilihan hatchback dan juga salon.
Tahukah anda bahawa ketika mula dikeluarkan, di Jepun ianya dikenali dengan nama Axela yang mula dijual bermula Oktober 2003 sebelum mula tiba di pasaran Eropah menjelang hujung 2003. Dengan pantas ianya menerima pujian kerana menjadi pesaing dalam segmen dengan harga yang lebih mampu milik, seronok untuk dipandu dan dibina dengan baik dalam segmen yang sangat kompetitif di pasaran Eropah. Ianya berjaya terjual sejumlah 67,731 untuk generasi pertama ini di UK.

Generasi kedua yang hadir bermula tahun 2008 tidak sukar untuk meneruskan kesinambungan generasi pertama dengan rekaan yang lebih panjang, lebih lebar dan lebih sporty yang dibina serta baharu.
Sudah pastinya pengenalan model MPS yang cukup terkenal dengan penampilan yang lebih sporty dan garang lagi laju cukup mudah untuk menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi ianya menerima kerja – kerja tingkat taraf meliputi sistem suspensi, kotak gear, brek serta enjin. Dan keseluruhan, ianya berjaya terjual sejumlah 36,254 unit di UK.
Generasi ketiga ketika diperkenalkan pada tahun 2013 memperlihatkan perubahan yang ketara dari segi teknologi dan juga perubahan reka bentuk. Pertama kalinya teknologi Mazda Skyactiv diperkenalkan dan juga falsafah reka bentuk Kodo yang mula diadaptasi terhadap Mazda3 ini. Pengenalan Skyactiv G petrol dan Skyactiv D diesel mula diperkenalkan dengan saiz yang lebih besar, walau bagaimana pun ianya kekal lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Kini generasi keempat sudah pun diperkenalkan bagi meneruskan legasi Mazda3 dan juga hatchback ini untuk terus kekal relevan dalam pasaran walau pun segmen SUV mula popular di seluruh dunia. Yang pasti, Mazda3 ini akan terus diburu oleh penggemar Mazda yang sememangnya mengenali kesedapan sebuah jenama Mazda.