" "
Buletin

MAZDA3 2025 UNTUK JEPUN, GAYA SAMA, CIRI BERTAMBAH

Mazda3 generasi keempat dikeluarkan sejak 2019 dan tampil menarik sehingga kini. Keberadaan model hatchback atau Mazda3 Fastback di atas jalan mempunyai aura tersendiri.

Ibarat seseorang yang berjalan bersendirian dan menarik perhatian khalayak di sekeliling.

Terbaru untuk pelanggan di Jepun, Mazda memperkenalkan model yang dipertingkat dan pesanan awal sudah dibuka manakala jualan dijadual pada awal Oktober 2024.

Mazda membuat penyusunan semula varian yang ditawarkan supaya pelanggan lebih mudah memilih. Khidmat terhubung dikembangkan dan keselamatan dalam kereta dipertingkat.

Susunan varian Mazda3 2025

Mazda3 Fastback

  • 15C sebagai varian asas
  • 15S S Package dan XD S Package dilengkapi ciri keselamatan menyeluruh
  • Varian premium 20S Touring, X Touring dan XD Touring dilengkapi ciri keselesaan seperti kerusi dengan pemanas
  • 15S Retro Sports Edition, 20S Retro Sports Edition dan XD Retro Sports Edition – Edisi istimewa dengan adunan sporti dan retro-moden
  • Enjin SKYACTIV-G 1.5, e-SKYACTIV G 2.0 (hibrid ringan/M-Hybrid), SKYACTIV-D 1.8 (diesel turbo), e-SKYACTIV X 2.0 (M-Hybrid) – khusus untuk Fastback X Touring
  • Kotak gear 6EC-AT, 6MT (kecuali enjin 1.5 petrol dan 1.8 diesel)
  • Pacuan dua roda (2WD) dan empat roda (4WD)

Mazda3 Sedan

  • 20S S Package dan XD S Package dilengkapi ciri keselamatan menyeluruh
  • Varian premium 20S Touring, dan XD Touring dilengkapi ciri keselesaan seperti kerusi dengan pemanas
  • 20S Retro Sports Edition dan XD Retro Sports Edition – Edisi istimewa dengan adunan sporti dan retro-moden
  • Enjin e-SKYACTIV G 2.0 (M-Hybrid), SKYACTIV-D 1.8 (diesel turbo)
  • Kotak gear 6EC-AT
  • Pacuan dua roda (2WD)

Untuk Fastback 15S S Package dan XD S Package serta model sedan 20S S Package dan XD S Package, Mazda menawarkan Pakej Penampilan Hitam dengan rim aloi dan perumah cermin sisi hitam.

Kesemua varian kecuali Fastback 15C dilengkapi Amazon Alexa untuk tetapan melalui arahan suara seperti penyaman udara, pemanas kerusi dan stereng, membuat dan menjawab panggilan dan destinasi navigasi.

Varian yang sama juga dilengkapi Navigasi Dalam Talian Mazda untuk pemandu mendapatkan maklumat terkini seperti ketersediaan ruang meletak kenderaan.

Dari segi keselematan, semua varian dipasang Peringatan Kerusi Belakang supaya penumpang atau bagasi di belakang tidak tertinggal.

Kuasa enjin dan motor elektrik

  • SKYACTIV-G 1.5: 111ps@6,000 rpm, 146Nm@3,500 rpm
  • e-SKYACTIV G 2.0 M-Hybrid: 156ps@6,000 rpm, 199Nm@4,000 rpm (6.9ps@1,800 rpm, 49Nm@100 rpm
  • e-SKYACTIV X 2.0 M-Hybrid: 190ps@6,000 rpm, 240Nm@4,500 rpm (6.5ps@1,000 rpm, 61Nm@100 rpm
  • SKYACTIV-D 1.8 diesel turbo: 130ps@4,000 rpm, 270Nm@1,600 – 2,600 rpm

Berkenaan harga, Mazda3 Fastback dijual dari 2,209,900 yen (RM67,196) sehingga 3,986,400 yen (RM121,215).

Model sedan pula dari 2,577,300 yen (RM78,368) sehingga 3,265,900 yen (RM99,307).

Google ads
Back to top button