" "
Buletin

MAZDA3 DAN MAZDA6 FACELIFT KINI DI MALAYSIA, HARGA BERMULA RM156K – RM180K

Bersempena Auto Bermaz Showcase yang berlangsung pada 11-15 Oktober 2023 di Oval Concourse, One Utama shopping mall, Bermaz Motor akan menampilkan model Mazda iaitu Mazda3 facelift serta Mazda6.

Hadir dalam varian 2.0L liftback dan sedan, model Mazda3 didatangkan dengan ciri penambahbaikan termasuk tampil lebih elegan dari segi penggayaan.

Di dalam kabin, ia dimuatkan bersama paparan 10.25-inci untuk infotainment, lebih besar sedikit berbanding versi terdahulu, 8.8-inci selain disertakan port USB-C dan sistem bunyi Bose™ 12-pembesar suara.

Di samping itu, Mazda menambah baik sistem keselamatan sedia ada yang terdiri daripada fungsi Inattentive Warning, pengesan halangan tambahan dan pejalan kaki.

Warna tersedia bagi model ini adalah seperti berikut:

  • Soul Red Crystal
  • Machine Grey
  • Polymetal Grey
  • Platinum Quartz
  • Deep Crystal Blue
  • Jet Black
  • Snowflake White Pearl

Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin 2.0-liter, berupaya menghasilkan 162hp, 213Nm tork dan digandingkan dengan kotak gear SkyActiv-Drive 6-kelajuan berserta mod manual.

Mazda3 Baharu 2023 diimport sepenuhnya dari Jepun sebagai CBU dan kini tersedia untuk tempahan.

Perincian harga bagi setiap varian adalah seperti di bawah:

  • Mazda3 2.0 High Sedan – RM156,059
  • Mazda3 2.0 High Plus Sedan – RM166,059
  • Mazda3 2.0 High Plus Liftback – RM166,059
  • Mazda3 2.0 Ignite Edition Liftback – RM175,059

Kedua-dua Waranti Pengilang dan Penyelenggaraan Percuma mempunyai tempoh perlindungan selama lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana terlebih dahulu.

Bagi Mazda6 pula, Bermaz Auto membawa masuk Mazda6 20th Anniversary Edition untuk pasaran tempatan.

Mazda6 20th Anniversary Edition tiba dengan gaya unik untuk kedua-dua bahagian dalaman dan luarannya.

Model ini diserlahkan lagi melalui lencana 20th Anniversary Edition, rim aloi metallic 19-inci serta gril lebih sporty.

Bahagian dalamannya menampilkan tempat duduk kulit berwarna Tan tempat duduk pengudaraan hadapan, cermin pandang belakang pemalap Auto Tanpa Bingkai (Frameless Auto-dimming), skrin bersaiz 7-inci, Rear Window Sunshade selain dilengkapi pengecasan tanpa wayar Qi.

Bagi sistem keselamatan, ia dimuatkan dengan ciri-ciri seperti Front & Rear Smart Brake Support (SBS), Mazda Radar Cruise Control (MRCC) with Stop & Go dan Cruising & Traffic Support (CTS).

Perincian harga bagi setiap varian adalah seperti dinyatakan di bawah:

  • MAZDA6 2.0L SEDAN – RM 180,359.00
  • MAZDA6 2.5L TOURING – RM 230,848.00
  • MAZDA6 2.5L HIGH PLUS SEDAN “20TH ANNIVERSARY EDITION” – RM 240,848.00

GALERI:

MAZDA3

MAZDA6

Google ads
Back to top button