BuletinMotosikal

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA. FIM MUNGKIN BATALKAN LESEN PERLUMBAAN FENATI

Beberapa hari kebelakangan ini, dunia sukan dua roda belum reda dikejutkan dengan aksi gila Fenati dalam perlumbaan MotoGP bagi kelas Moto 2 di Misano, minggu lalu.

Romano Fenati dengan sengaja menarik tuil brek motosikal Stefano Manzi secara tiba-tiba ketika kedua-duanya sedang berebut untuk masuk ke selekoh kiri di T8.

Tindakan tersebut menyebabkan Manzi hampir terbabas. Kelihatan jelas, roda hadapannya terkunci beberapa ketika, namun nasib baik Manzi dapat mengawal dan meneruskan perlumbaan.

BACA: AKSI BODOH FENATI YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA

Ternyata, tindakan bodoh Fenati itu mendatangkan amarah kepada sesiapa sahaja. Ia pantas mendapat perhatian pengarah perlumbaan dan serta-merta Fenati dikenakan black flag, beliau terus dihalang dari meneruskan perlumbaan.

Selepas dikenakan hukuman gantung dua perlumbaan, pasukan Marinelli Snipers pula telah memecat Fenati daripada mewakili mereka.

BACA: PASUKAN MARINELLI UMUM SINGKIRKAN FENATI

“Saya tidak mahu menegakkan benang yang basah. Saya tahu tindakan ini tidak boleh dimaafkan dan saya hanya mahu memohon maaf kepada semua. Sekarang saya ada masa untuk muhasabah diri dan tenangkan fikiran,” kata pelumba kelahiran Itali itu penuh kesal.

Pelumba Britain, Cal Crutchlow yang berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga dalam perlumbaan di litar Misano hujung minggu lalu menegaskan Fenati wajar diharamkan daripada berlumba seumur hidup.

BACA: “MAAFKAN SAYA…” – ROMANO FENATI

Hari ini, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) memanggil Fenati dalam satu sidang tertutup untuk mendapatkan penjelasan beliau.

Banyak pihak berpendapat, sidang FIM hari ini adalah membuat keputusan tentang masa depan Fenati. Terdapat kemungkinan bahawa lesen perlumbaan Fenati akan ditarik balik.

Jika itu yang berlaku, ia adalah petanda berakhirnya karier beliau

Google ads
Back to top button