Buletin

Mazda3 CBU – RM138,935

Akhirnya sudah tiba. Pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor hari ini secara rasminya melancarkan sedan segmen C yang paling ditunggu-tunggu, Mazda3. 

Mazda3-CBU-RM138,935-mekanika (2)

Mazda3 mendapat perhatian ramai sejak pelancarannya di pasaran antarabangsa sejak tahun lalu. Tarikan itu banyak didorong oleh reka bentuk Kodo – Soul of Motion yang sporty, teknologi SKYACTIV dan kualiti pengendalian mengujakan yang menjadi DNA Mazda sejak sekian lama.

Mazda3-CBU-RM138,935-mekanika (1)

Menyifatkan sebagai model ini sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), Mazda3 dilengkapi oleh teknologi SKYACTIV sepenuhnya. Ia dijana oleh unit enjin SKYACTIV-G 2.0 liter yang bertanggungjawab menghasilkan kuasa sehingga 162hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 210Nm @ 4,000rpm.

Enjin aspirasi biasa (NA) itu kemudian dipadankan dengan kotak gear SKYACTIV-DRIVE enam kelajuan. Gabungan rangkaian kuasa itu menjanjikan penjimatan bahan api yang memuaskan.

Mazda3-CBU-RM138,935-mekanika (4)

Didatangkan dalam spesifikasi penuh, Mazda3 dilengkapi pelbagai ciri seperti lampu utama jenis bi-xenon dengan sistem self leveling automatik dan pencuci, stereng dibalut kulit, lampu DRL, lampu kabus hadapan dan stereng teleskopik bersama butang kawalan.

Dilihat dari segi ciri keselamatan pula, Mazda3 hadir dengan sistem brek ABS, EBD, BA dan enam beg udara. Selain itu, sistem keselamatan pintar, butang penghidup enjin, ciri i-Stop dan I-Eloop turut disediakan.

Mazda3-CBU-RM138,935-mekanika (7)

Dibawa dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Mazda3 boleh anda miliki pada harga RM138,935 (di atas jalan termasuk insurans). Buat masa sekarang, hanya varian sedan ditawarkan. Sementara varian hatchback yang sporty dan lebih lengkap cirinya bakal menyusul tidak lama lagi.

Walaupun baru hari ini dilancarkan, Bermaz Motor sudah menerima tempahan sejak beberapa bulan lalu. Penghantaran model itu kepada pelanggan pun telah dibuat dengan jumlahnya melebihi 100 unit.

Mazda3-CBU-RM138,935-mekanika (10)

Pengarah Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Seri Ben Yeoh memberitahu program CKD untuk Mazda3 bakal bermula menjelang akhir tahun ini. Tarikh itu agak lewat memandangkan pihaknya perlu menumpukan perhatian untuk menyelesaikan isu kelewatan penghantaran model SUV CX-5 yang terus mendapat sambutan hangat sehingga kini.

Menyentuh tentang varian Mazda3 dengan sesaran enjin lebih rendah (SKYACTIV 1.5 liter), Ben Yeoh menyatakan pihaknya masih dalam proses kajian mengenainya.

Mazda3-CBU-RM138,935-mekanika (9)

Jika anda mahu membeli Mazda3, tempoh menunggu adalah sekitar dua bulan. Warna yang boleh dipilih termasuklah merah, putih, perak dan kelabu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button