Buletin

MAZDA6 & CX-5 DI PERSIDANGAN DUNIA

Persidangan dunia anugerah Nobel Keamanan kali ke-13 di Warsaw Poland yang bermula semalam mencatat sejarah tersendiri buat Mazda apabila ia menjadi kenderaan rasmi untuk acara berprestij tersebut.

mazda_at_2013-WS-NPL_5__jpg72

Selaku rakan automotif eksklusif, Mazda Motor Europe telah menyediakan sebanyak 50 unit Mazda6 dan CX-5 untuk membawa peserta persidangan terbabit.

Acara selama tiga hari itu membolehkan para deligasi merasai sendiri keselesaan dan kecanggihan teknologi SKYACTIV yang ada pada kedua-dua kenderaan tersebut. Antara tokoh yang turut serta termasuklah bekas Presiden Afrika Selatan, Frederik Willem de Klerk; peguam Iran, Shirin Ebadi; Leyman Gbowee dari Liberia; bekas Presiden Poland, Lech Walesa dan ramai lagi.

mazda_at_2013-WS-NPL_1__jpg72

“Mazda memang terkenal dengan sifatnya yang gemar menongkah arus. Rangkaian produk SKYACTIV adalah salah satu buktinya. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk berkongsi falsafah tersebut dengan deligasi dalam persidangan ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda Motor Europe, Jeff Guyton.

Logo_13th_World_Summit_Warsaw_2013__jpg72

Bukan sekadar menjadi kenderaan rasmi, Mazda turut mengadakan satu sesi untuk sekumpulan bakal pemimpin mujda di Institut Sivik, Akademi Lech Walesa. Sesi ini menghimpunkan golongan muda di bawah moto “Leading By Example” yang turut menjadi platform untuk mereka membina rangkaian hubungan dan peluang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button