Pandu Uji

BMW 4 SERIES COUPE

BMW Group Malaysia baru-baru ini  memperkenalkan coupé  sport bersaiz sederhana,  BMW 4 Series Coupé  yang hadir dalam tiga varian iaitu BMW 428i Coupé, BMW 428i M Sport dan BMW 435i M Sport. 

 BMW 03

BMW merupakan antara pengeluar kereta premium terawal yang mencipta segmen ini apabila ia menjadi salah satu varian dalam BMW 3 Series. Kini, 4 Series sudah boleh  berdiri sendiri walaupun masih dibina menggunakan platform BMW 3 Series.

Angka 4 itu membawakan era baru untuk Coupé buat BMW. Ia menekankan reka bentuk tersendiri, selain perbezaan teknikal yang ketara dan fokus kepada pemandu.

BMW 01

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils optimis bahawa BMW 4 Series Coupé  akan membantu BMW Group Malaysia dalam mengukuhkan lagi penguasaannya sebagai jenama kereta premium nombor satu di Malaysia.

Melihat dari segi dimensi, model ini adalah lebih rendah dan panjang berbanding BMW 3 Series Coupé. BMW 4 Series Coupé  tampil lebih sporty dengan panjang 4,638mm (+ 26mm), lebar 1,825mm (+ 43mm), tinggi 1,362mm (- 16mm) dan jarak roda 2,810mm (+ 50mm). Jarak antara roda belakang turut ditambah sebanyak 80mm, manakala jarak antara roda depan pula sehingga 45mm.

10341709766_f7172ba21b_b

Berbanding model terdahulu, reka bentuk BMW 4 Series Coupé  lebih terarah kepada sebuah kereta yang berkuasa. Antara elemen baharu termasuklah Air Breathers yang digabungkan dengan Air Curtains untuk mengurangkan seretan angin.

BMW 4 Series Coupé  dikuasakan oleh teknologi BMW TwinPower Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Varian BMW 428i Coupé  dipasang dengan unit enjin petrol empat silinder 2.0 liter. Ia mampu menjana kuasa maksimum 245hp dan tork puncak 350Nm.

10341703646_28fdaf90b7_b

Hasilnya, ia berupaya memecut dari 0 ke 100km/j dalam tempoh 5.8 saat dan pecutan maksimum 250km/j. Walaupun berprestasi tinggi, purata penggunaan bahan api cuma sekitar 6.4 liter bagi setiap 100km.

Enjin 3.0 liter pada BMW 435i Coupé  pula berkuasa 306hp dan tork 400Nm. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.1 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j. Kadar penggunaan bahan apinya sebanyak 7.4 liter bagi setiap 100km.

10341679295_d5b8e14cce_b

Bagi meningkatkan lagi ciri pemanduan sport pada BMW 4 Series Coupé, pelanggan  ditawarkan dengan sistem suspensi M Sport. Sistem itu merupakan ciri standard untuk varian BMW 428i Coupé .

BMW 428i Coupé  didatangkan dalam warna putih, hitam, merah, kelabu dan perak. Sementara model BMW 428i Coupé  M Sport tampil dengan warna biru (Estoril Blue) yang eksklusif. BMW 435i Coupé  M Sport pula hadir dalam tiga warna iaitu putih, kelabu dan biru.

10341877923_8ac078c9a7_b

BMW 4 Series Coupé  serba baharu mula dijual oleh pengedar BMW seluruh Malaysia pada 18 Oktober lalu. Harga di atas jalan tanpa insurans bersama BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) untuk semua BMW 4 Series Coupé  adalah seperti berikut:

BMW 428i Coupé  Sport Line      –           RM358,800

BMW 428i Coupé  M Sport           –           RM388,800

BMW 435i Coupé  M Sport           –           RM525,800

Pilihan Pakej M Sport                    –           RM30,000

[hr] Galeri

10341676885_0384f54c35_b10341680605_189beb6c4e_b10341681834_ac672db207_b10341688034_a77c4065c0_b10341696414_0fc9836133_bBMW 05

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button