" "
Artikel Pilihan

MAZDA BERDEPAN DAKWAAN KERANA TEMPAT DUDUK YANG TERLALU PANAS – INI BARU HOTSPOT

Fungsi pemanas tempat duduk memang tak penting sangat bagi kita di sebelah Asia Tenggara ni. Penyaman udara lagi penting. Masuk dalam kereta yang diletakkan di tengah panas apa ke barang nak tempat duduk dengan fungsi pemanas. Tapi fungsi tersebut amat penting bagi negara-negara yang mempunyai musim dingin seperti AS dan Eropah. Masalah berlaku bila ia terlalu panas sehingga mengakibatkan kecederaan kepada penumpang seperti yang berlaku di AS.

Satu dakwaan telah difailkan di mahkamah terhadap Mazda akibat tempat duduk yang terlalu panas sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap penumpang. Ia merupakan sebuah Mazda6 keluaran tahun 2018.

Dakwaan tersebut difailkan di Superior Court of California oleh plaintif bernama Kristine D pada 3 September baru-baru ini. Beliau mendakwa mendapat kecederaan melecur selepas menggunakan fungsi pemanas tempat duduk dalam Mazda6 milik beliau. Beberapa plaintif lagi turut mendakwa mereka juga mengalami kecederaan yang sama akibat kegagalan pemanas tempat duduk.

Mereka mendakwa Mazda sudag menyedari masalah tersebut sejak beberapa tahun sebelumnya tapi gagal memaklumkan pengguna tentang isu tersebut. Dakwaan turut menyatakan tindakan Mazda akan membahayakan keselamatan ribuan warga California termasuk palintif akibat penggunaan kenderaan yang bermasalah.

Mazda turut berdepan tuduhan salah laku kerana mempromosikan, mengiklankan dan memasarkan produk yang mungkin memudaratkan pengguna akibat kecacatan pada sistem. Palintif mendakwa beliau tidak akan membeli kereta tersebut jika mengetahui ianya mempunyai masalah. Paling tidak pun minta diskaun banyak sikit.

Plaintif mahukan perbicaraan dan mahu Mazda dikenakan tindakan kerana kegagalan memberi maklumat sebenar, memasarkan produk bermasalah, perlanggaran waranti dan macam-macam lagi. Fuh dahsyat jugak kalau nak senarai satu persatu.

Mereka juga turut mahukan pampasan. Memang ngeri la kalau dengar pampasan yang diminta oleh warga AS antaranya ialah kehilangan punca pendapatan, kehilangan kemampuan mencari pendapatan di masa hadapan, kecederaan serius, kesakitan dan penderitaan, kecacatan fizikal dan mental dan paling menarik sekali ialah kehilangan kemampuan untuk menikmat hidup di masa akan datang.

Pergh sampai macam tu sekali diorang berfikir sebelum memfailkan saman ya. Harap-harap dapat selesai dengan cara baik la. Kami rasa takkan la Mazda sengaja membiarkan perkara sedemikian berlaku. Tambahan pula kereta yang dibeli merupakan keluaran tahun 2018, dah 6 tahun tu mesti la ada kerosakan sedikit sebanyak.

Google ads
Back to top button