Buletin

MERCEDES-BENZ C-CLASS COUPE

 

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan model terbaharu dalam koleksi  Mercedes-Benz Dream Cars, Mercedes-Benz C-Class Coupé.

Mercedes-Benz-C-Class-Coupe-mekanika (7)

C-Class Coupé ditawarkan dalam tiga varian iaitu C 200 Coupé, C 250 Coupé dan C 300 Coupé. Dari segi harga pula, anda boleh memiliki C 200 Coupé pada harga RM308,888. Manakala C 250 Coupé berharga RM333,888 dan RM388,888 untuk C 300 Coupé.

Mercedes-Benz-C-Class-Coupe-mekanika (4)

Jurang harga di antaranya memang besar, sesuai dengan ciri tambahan yang ada pada varian lebih tinggi. Sebagai contoh, C 250 Coupé dilengkapi sistem ekzos sports, COMMAND Online, pemain DVD, sistem bunyi Burmester dan bumbung suria panoramik.

Mercedes-Benz-C-Class-Coupe-mekanika (6)

Ketiga-tiganya dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan 7G-TRONIC PLUS. Biarpun begitu, output kuasa adalah berbeza. C 200 Coupé berkuasa 184hp, C 250 Coupé (211hp) dan C 300 Coupé 245hp.

Anda boleh memilih karekteristik pemanduan seperti ECO, Comfort, Sport dan Sport +  dengan hanya menekan satu butang.

Mercedes-Benz-C-Class-Coupe-mekanika (1)

Sebagai varian C-Class paling spoty, Coupé memang mampu menarik perhatian ramai menerusi rekaan tersendiri dan perkadaran yang sempurna. Penampilannya diserlahkan oleh gril radiator dengan kemasan seperti butiran mutiara, bonet panjang dan pintu tanpa bingkai yang cukup sporty.

Suspensinya juga diturunkan sebanyak 15mm berbanding model sedan. Gaya Coupe disempurnakan lagi dengan rim aloi ringan AMG bersaiz 18 inci untuk  C 200 Coupé. Manakala  C 250 Coupé dan C 300 Coupé menggunakan rim bersaiz AMG 19 inci.

Mercedes-Benz-C-Class-Coupe-mekanika (5)

Ruang kabin pula tampil mewah dan sporty dengan upholsteri ARTICO dan kulit atau gentian mikro DINAMICA. Kemasan dan warna tempat duduk pula bergantung kepada varian serta pilihan pelanggan.

Jika berminat, anda boleh memiliki model yang diimport sepenuhnya dari Jerman ini menerusi Pembiayaan Agility dan insurans eksklusif.

Mercedes-Benz-C-Class-Coupe-mekanika (10)

Maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Agility, sila hubungi 1-800-22-6237 atau layari laman web: www.mercedes-benz.com.my/financial

Google ads
Back to top button