Buletin

VW VENTO – PESAING BAHARU SEDAN SEGMEN B

Volkswagen Malaysia hari ini memperkenalkan Volkswagen Vento baharu, model yang sebelum ini dikenali sebagai Polo Sedan.

VW-Vento-2016-mekanika (3)

Vento bermaksud “angin” dalam bahasa Itali dan Portugis. Dipasang di kilang milik DRB-HICOM di Pekan, Pahang Vento ditawarkan dalam tiga varian iaitu Trendline, Comfortline dan Highline.

Vento Highline dikuasakan oleh enjin TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api. Bersesaran 1.2 liter, ia mampu menjana kuasa 105PS dan tork maksimum 175Nm. Dipadankan dengan kotak gear DSG 7 kelajuan, ia merupakan sedan yang memiliki tork paling tinggi dalam kelasnya.

VW-Vento-2016-mekanika (9)

Walaupun berupaya menawarkan kualiti pemanduan dan prestasi mengagumkan, penggunaan bahan api bagaimanapun hanya 5.5l bagi setiap 100km.

Vento Highline turut diberi penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP kerana ciri keselamatan yang dimilikinya, termasuklah Electronic Stability Control.

VW-Vento-2016-mekanika (4)

Varian Comfortline dan Trendline pula dijana oleh enjin 1.6L MPI. Berkuasa 105PS dan tork maksimum 153Nm, ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan bersama fungsi Tiptronic. Penggunaan bahan apinya sekitar 6.5l bagi setiap 100km.

Dari segi penampilan, Vento menyerlahkan DNA rekaan Volkswagen yang ringkas tetapi elegan. Gril krom dan garis sisinya nyata membuatkan gaya Vento nampak mantap di atas jalan raya.

VW-Vento-2016-mekanika (6)

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller memberitahu, Vento ialah sedan yang memiliki segalanya – prestasi, keselamatan, reka bentuk dan inovasi.

“Vento akan memainkan peranan penting dalam strategi kami untuk menjadikan kenderaan Volkswagen lebih mudah diakses dan mampu milik buat rakyat Malaysia. Dengan pengenalan beberapa varian, kami percaya ada kereta yang sesuai untuk keperluan setiap orang,” kata Keller.

VW-Vento-2016-mekanika (8)

Vento ditawarkan pada harga RM79,888 untuk Trendline, RM86,888 *(Comfortline) dan  RM93,888 bagi Highline. Pembeli awal akan menerima rebat tunai sebanyak RM2,000.

Anda boleh memilih lima warna menarik disediakan iaitu putih, merah, perak, kelabu dan hitam. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button