BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

MINI CLUBMAN STERLING EDITION – 20 UNIT SAHAJA, RM268,888

SHARE

MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan MINI Clubman Sterling Edition baharu. Dibina khas dengan nilai estetik terbaik, ia hanya dibuka untuk tempahan secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition, pertama seumpamanya dalam industri automotif Malaysia.

Tempahan bermula pada Selasa, 15 Ogos hingga Sabtu, 26 Ogos 2017. Jika berminat, anda perlu mengisi borang di laman web terbabit dan membuat pembayaran tempahan apabila tiba masanya.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

“Terhad kepada hanya 20 unit di Malaysia, MINI ini dihasilkan dengan versatiliti unik yang luar biasa dari segi konsep badan dan gaya individualnya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

Reka bentuk

Salah satu ciri utama MINI Clubman Sterling Edition ialah warna badan perak (Melting Silver) dengan perumah cermin sisi  dan bumbung diwarnakan hitam (Matte Black Jack). Penampilan itu diserlahkan lagi dengan simbol Black Union Jack pada bahagian scuttle sisi. Rim khas MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci didatangkan dalam warna hitam.

Ruang kabin diserlahkan menerusi kombinasi warna biru (Indigo Blue) dan merah bata (Pure Burgundy). Bahagian dalaman berwarna Pure Burgundy itu juga hadir dengan ciri iluminasi MINI Yours yang membolehkan pemilik untuk memilih 12 warna tersendiri.

MINI Connected

Memandangkan pemilik menghabiskan banyak masa di dalam kereta, ciri utama MINI ialah sistem infotainmen tercanggih dikenali sebagai MINI Connected.

Antara muka infotaimen MINI Clubman Sterling Edition baharu memang cantik – dengan LCD beresolusi tinggi bersaiz 6.5” dipasang pada bahagian tengah speedometer bersama grafik yang menghiasi bahagian sekelilingnya.

Infotaimen MINI Connected menampilkan lebih 30 juta lagu yang boleh distrim secara langsung ke dalam MINI. Antara muka Spotify yang intuitif ada pada skrin MINI, manakala semua fungsi kawalan mudah diakses menggunakan MINI controller yang kecil tetapi padat dengan pelbagai ciri.

Sebagai tambahan, maklumat standard seperti penggunaan bahan api semasa, jarak minyak sekarang dan lokasi terakhir boleh dilihat menerusi aplikasi telefon MINI Connected.

Bantuan Tepi Jalan MINI.

MINI Clubman Sterling Edition turut dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama 5 tahun daripada MINI Malaysia.

Ditawarkan ke atas semua kereta baharu MINI, ia hadir dengan senarai perkhidmatan yang komprehensif seperti talian On the Spot Hotline, Help on the Phone dan bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari kediaman), Kenderaan Gantian, Tempat Tinggal, Penyelesaian Servis Mobiliti serta servis Penghantaran Pulang.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.

Kunjungi MINIFest 2017.

MINI Clubman Sterling Edition akan dipamerkan pada acara MINIFest di Desa ParkCity! Berlangsung selama sehari pada Ahad, 20 Ogos, MINIFest 2017 akan menjadi tempat jualan MINI yang julung-julung kali diadakan, di mana penjual dan pemilik akan menjual pelbagai barangan gaya hidup, fesyen dan aksesori daripada but pelbagai jenis kereta MINI.

MINI Clubman Sterling Edition didatangkan dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun dan Servis Berjadual Percuma. Harga anggaran (di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi) ialah RM268,888.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button