BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

 BELI PRODUK SHELL HELIX DI LAZADA – KINI LEBIH MUDAH

SHARE

Shell Malaysia Trading hari ini melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama menerusi Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.

Shell Malaysia Official Online Store akan memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Ia memberi ketenangan minda kepada pengguna kerana membeli produk Shell Helix dari sumber rasmi yang terjamin kualitinya. Pembelian di gedung dalam talian ini juga senang kerana harga adalah termasuk penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Lebih menarik lagi, Shell Malaysia Official Online Store menawarkan nilai hebat bagi pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor. Pakej lengkap tersebut bermula dari harga serendah RM103, merangkumi minyak motor Shell Helix, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15 poin percuma.

Sempena pelancaran ini, pelanggan akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin mulai 3 hingga 10 Ogos 2017.

Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin daripada Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untuk mengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui SMS.

Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi pelanggan yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix paling sesuai untuk kereta mereka.

Menurut Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman, Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.

“Inisiatif ini akan membantu mengembangkan pasaran, meluaskan jangkauan serta melengkapi jaringan perniagaan sedia ada kami di Malaysia yang telah terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan pihaknya sangat dengan penyertaan Shell ke di platform e-dagangnya.

“Jenama seperti Shell memperakui kepentingan strategik e-dagang di Asia Tenggara dan kami ingin bekerjasama dengan Shell dalam mengembangkan kehadirannya dalam talian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.

Untuk melawat Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, sila layari http://www.lazada.com.my/shell-malaysia-official-store/

Tags
Google ads
Back to top button