Artikel Pilihan

MINIATUR WUNDERLAND – INI BARULAH BETUL PUNYA TAMAN MINIATUR

Harus diakui, BK ini merupakan seorang peminat miniatur. Melihatkan ‘dunia kecil’ sebegini boleh melupakan seketika hal hal yang berlaku disekeliling. Dan pada fikiran BK, Miniatur Wunderland yang terletak di Hamburg ini selayaknya diangkat antara Taman Miniatur terbaik yang pernah wujud setakat hari ini.

Orang yang bertanggungjawab terhadap tercetusnya pembinaan Miniatur Wunderland ini adalah dua beradik Frederik dan Gerrit Braun sekitar 10 tahun yang lalu yang idea asalnya adalah untuk membuat rangkaian model keretapi terbesar. Ternyata dari impian kosong ianya berjaya dijelmakan untuk menjadi nyata. Tanggal 16 Ogos 2001, menjadi tarikh pembukaan rasmi fasa pertama. Ketika mula dibuka, ianya cuma mempunyai tiga bahagian utama, Knuffingen, Jerman Tengah dan juga Austria.

Ketika bahagian Hamburg juga telah disiapkan, maka sahihlah Wunderland ini menjadi rangkaian model keretapi terbesar di Eropah, meliputi keretapi yang melalui lingkaran gunung ganang bersalji di Austria. Dan kesemuanya boleh digerakan melalui kawalan berkomputer dari pusat kawalan. Panjang keseluruhan laluan trek keretapi ini adalah 15,715 meter!

Tapi kalau merasakan itu sudah cukup menarik, tahukah bahawa Knuffingen Airport juga merupakan antara ruang pameran yang paling mengujakan apabila berlatarbelakang suasana lapangan terbang di Hamburg. Melihatkan kapal terbang berlepas dan mendarat pasti cukup untuk melekakan baik anak kecil mahupun sang bapa. Tahukah terdapat sejumlah 52 buah model kapal terbang terdapat di ruangan ini.

Pembinaan Knuffingen ini bukan sahaja meliputi kawasan lapangan terbang, malah dia punya teliti sampaikan keadaan di luar kawasan lapangan terbang juga kelihatan sesak dengan deretan kenderaan yang menunggu.

Jika menyebut tentang negara Itali, selain daripada Roberto Baggio, Venice juga sering bermain di fikiran BK. Dan di Bandar Terapung ini turut diterjemahkan di Wunderland ini. Melihatkan Bandar Terapung Venice versi mini sebegini tentu lebih mengasyikkan. Dan sejumlah 150 Gondola kecil telah disiapkan bagi menampilkan The Real Venice ini.

Dan sehingga kini, Miniatur Wunderland ini mempunyai beberapa bahagian seperti Scandinavia, USA Itali, Switzerland dan sudah tentu bandar Hamburg sendiri, selaku ruang pameran terbesar. Khabarnya terdapat 1,300 pelbagai model kenderaan yang diletakkan di bandar kecil Hamburg ini.

Malah, kerja kerja pembinaan bandar baharu seperti Bandar Monaco yang lengkap dengan Litar F1 turut sedang giat dilakukan. FB rasmi mereka juga telah menayangkan ujian bagaimana kereta F1 mereka bakal digerakkan. Kawasan benua Amerika Selatan turut bakal menjadi lokasi pembinaan kota kecil yang baharu kelak.

Sebenarnya walaupun pembinaan Taman Miniatur sebegini barangkali dilihat lebih kepada kepuasan sendiri, tapi jangan lupa pula potensi yang ada. Mungkin para pengiklan juga boleh melihatkannya sebagai suatu pelunag untuk mempromosikan produk melalui Billboard miniatur yang ada di jalanraya. Dan tahukah pada 2016, Wunderland ini pernah bekerjasama dengan Google untuk Google Brought Out MiniView- (Google Street View versi miniatur).

Masalahnya kenapalah Hamburg jauh sangat? Nak himpun duit pun entah bila zaman boleh cukup. Kalau ada jin, nescaya BK dah minta pindahkan Hamburg ni sebelah Sumatera aja. Haihhhh!

BACA : MINNATURE MALAYSIA – SUMPAH BEST. RUGI KALAU TAK PERG

BACA : TAMAN TEMA FERRARI LAND. KINI DIBUKA SECARA RASMI

Google ads

B K

Back to top button