Buletin

PERMINTAAN SYM VF3i 185 LE TINGGI. TAMBAH 5K UNIT LAGI SEHINGGA DISEMBER

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. menambah pengeluaran motosikal SYM VF3i LE kepada 10,000 unit sehingga Disember tahun ini selepas mendapat permintaan tinggi terhadap jentera berkenaan.

Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Asri Ahmad, berkata pihaknya menerima tempahan dan permintaan yang tinggi sejak ia dilancarkan pada bulan Mei lalu.

“Pihak kami menerima jumlah tempahan hampir 10,000 unit sehingga hari ini. Bahkan, sangat menghargai sokongan pelanggan serta bakal pelanggan kami.

“Sebelum ini pengeluaran model VF3i 185 LE terhad kepada 5,000 unit sahaja. Bagaimanapun, pihak MForce membuat keputusan menambah pengeluaran kepada 10,000 unit sehingga Disember tahun ini.

“Ia berikutan permintaan peminat VF3i dan juga pengedar-pengedar di seluruh Malaysia,” katanya.

Motosikal SYM VF3i LE ditawarkan pada harga jualan RM9,338 tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

Jentera ini merupakan model kapcai pertama di Malaysia dilengkapi  Sistem Brek Anti-Kunci(ABS) dan juga beberapa naik taraf pada bahagian enjin untuk penunggangan optimum dan keselamatan  maksima.

Pemilik VF3i 185 LE dapat menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan juga perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Google ads
Back to top button