
Buletin
PORSCHE PANAMERA NAK PERGI BERPERANG KE NI?
Amerika Syarikat dipenuhi dengan pelbagai komuniti kereta yang memiliki cara tersendiri dalam membikin jentera mereka.
Budaya Slab yang berasal dari Houston, Texas merupakan salah satu yang paling menarik di negara terbabit.
Kenderaan-kenderaan daripada scene slab ini dapat dikenalpasti kerana dilengkapi wayar terjulur keluar dari rim.

Begitupun, Porsche Panamera di dalam gambar merupakan antara yang paling buruk pernah kelihatan malah memiliki rekaan mengarut.
Bukan itu sahaja, pemilik Porsche ini turut meletakkan tayar simpanan di bahagian belakang jentera mewah ini.
Secara asalnya, budaya slab ini menggunakan kenderaan lama seperti Cadillac dan Lincoln tetapi ia semakin berkembang dan menarik peminat memiliki kenderaan mewah. – carscoops
- BACA: REMAJA 16 TAHUN PECAH REKOD PEMANDU TERPANTAS SLALOM. LENJAN PORSCHE 718
- BACA: BUGATTI CHIRON, PORSCHE 911 CABRIOLET, MERCEDES BENZ C-CLASS ‘BERLAGA’ DI SWITZERLAND. KERUGIAN CECAH AS$4 JUTA
- BACA: MCLAREN 620R DIRAMPAS KERANA ‘MENYAMAR’ SEBAGAI PORSCHE CAYMAN
- BACA: GUNA CEK PALSU BELI PORSCHE 911 TURBO. CETAK SENDIRI KAT RUMAH. YAKINNYA KAMU!!!








