Buletin
MITSUBISHI GEOSEEK
Mitsubishi akan mempamerkan model konsep Geoseek di Geneva Motor Show 2016.
Model trak pikap L200 Geoseek dan crossover ASX Geoseek didatangkan dengan peralatan dan inspirasi penggayaan outdoor.
Modifikasi peralatan pada setiap model konsep Geoseek adalah moden termasuk skid plate hadapan, gear basket pada bumbung dan gril yang dikemas kini.
Aksen warna oren yang terang menyerlahkan komponen lampu kabus, roda dan perumah cermin sisi. Kabin dengan kemasan hitam turut diterapkan dengan warna oren pada panel kerusi .