Motosikal

DUCATI & BIANCHI HASILKAN BASIKAL

Ducati dan Bianchi bergabung untuk menghasilkan satu rangkaian basikal baharu. Kerjasama di antara dua jenama popular Itali itu menyerlahkan aspek reka bentuk, gaya dan material yang digunakan.

Ducati-Bianchi-bicycles-mekanika (3)

Terdapat beberapa penambahan menarik untuk rangkaian tahun 2016. Ia merangkumi mountain bike, sport, junior dan basikal elektrik

Ducati-Bianchi-bicycles-mekanika (1)

Setiap segmen ini hadir dengan karekter tersendiri. Mountain bike tampil dengan rekaan sporty. Sementara basikal sport dan elektrik pula memiliki pengaruh teknologi dan kelihatan sangat modem. Ia menggabungkan aspek inovasi dan tradisi dengan begitu baik.

Ducati-Bianchi-bicycles-mekanika (4)

Basikal Ducati untuk kanak-kanak pula diinspirasikan daripada grafik model Monster dan Hypermotard.

Basikal ini diedarkan oleh Alpen, anak syarikat milik Bianchi. Ia sudah boleh didapati di beberapa Ducati Store dan kedai-kedai basikal terpilih di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button