Buletin

MITSUBISHI MALAYSIA LANCAR OUTLANDER SPORTS EDITION-120 UNIT SAHAJA!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, hari ini memperkenalkan Edisi terhad Mitsubishi Outlander yang dikenali sebagai SPORTS EDITION.

Terhad kepada 120 unit, Outlander Sports Edition dibina berdasarkan platform model Outlander varian 2.0-liter dengan kemasan kosmetik hitam yang dikontraskan dengan warna merah metalik.

Dari segi estetik, Outlander Sports Edition dilengkapi dengan gril depan hitam, rim aloi hitam berkilat dan logo pada hud hadapan – ‘OUTLANDER’.

Di bahagian kabin, ia dipertingkatkan dengan sistem hiburan DVD dan kemasan karpet merah.

Ia dijual pada harga RM142, 888.00 dan sama sepertimana kenderaan Mitsubishi yang lain, Outlander Sports Edition didatangkan dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

BACA: PANDU UJI MITSUBISHI OUTLANDER

Mitsubishi Outlander baru-baru ini juga telah memenangi ‘Best Family Ride’ di Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2018.

Ciri-ciri Premium

SUV ini dibina dengan ruang dalaman yang luas dengan kapasiti tujuh penumpang yang sesuai untuk seisi keluarga. Outlander juga mempunyai kapasiti muatan kargo yang paling tinggi dalam kategori nya – 1,608 liter apabila kerusi baris kedua dan ketiga dilipat .

Peralatan standard termasuk paparan monitor, kerusi kulit premium, lampu depan dan wiper automatik serta sistem kemasukan tanpa kunci dengan push start button.

Sistem infotainment skrin sentuh 7-inci HD dengan fungsi Apple CarPlay membolehkan sambungan lancar antara peranti Apple (iPhone / iPod) . Skrin ini dilengkapi dengan Air Gesture Control untuk kemudahan tambahan.

Turut didatangkan standard ialah pengesan parkir di hadapan (dan belakang juga). Terdapat juga perakam video digital (dashcam) dan filem penapis haba /keselamatan  untuk semua tingkap.

Sistem dan Prestasi 4WD

Outlander 2.0-liter 4WD dikuasakan oleh enjin 2,0 liter yang mampu menghasilkan 145 PS dan tork 196 Nm. Enjin DOHC MIVEC tersebut digandingkan dengan transmisi INVECS-III CVT.

Dengan pengalaman luas dalam arena Rali Dakar yangmengagumkan, Mitsubishi adalah pakar dalam kenderaan 4WD yang lasak. Ia sangat membantu meningkatkan kestabilan terutamanya di permukaan licin di mana 4WD memainkan peranan dalam keselamatan aktif. Sesuatu yang jarang difikirkan ramai orang  sebenarnya 4WD sangat membantu pada kenderaan SUV dengan badan tinggi dan pusat graviti yang tinggi.

Tidak seperti sistem 4WD yang biasanya ada pada SUV bandar, sistem Multi-Select 4WD di Outlander mempunyai tiga mod pilihan – 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock – untuk memenuhi semua keadaan dan rupa bumi.

Ciri-ciri keselamatan

Keselamatan adalah salah satu ciri terbaik Outlander, sesuai dengan peranannya sebagai kenderaan keluarga. Bersama-sama dengan 4WD, ia juga dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS, sistem brek anti kekunci ABS dengan EBD, Brek Assist, Kawalan Kestabilan & Kawalan Aktif (ASTC), Hill Start Assist (HSA) dan ISOFIX .

SUV ini juga dibina dengan teknologi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) yang mampu menahan impak pelanggaran lebih kuat.

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuk Rest Reminder, yang mengingatkan pemandu untuk beristirahat ketika langkah-langkah keletihan.

 

Google ads
Back to top button