
HONDA CR-V BAHARU e:HEV vs Mazda CX-5, PROTON X70 & GWM HAVAL H6 HEV – SUV MANA PALING SESUAI UNTUK KELUARGA MALAYSIA?
Segmen SUV C di Malaysia kini menawarkan pelbagai pilihan yang lebih menarik kepada pengguna. Jika suatu ketika dahulu pembeli hanya mempunyai beberapa model terhad untuk dipilih, hari ini persaingan menjadi semakin sengit dengan kehadiran model seperti Mazda CX-5, Proton X70 dan GWM Haval H6 HEV.
Setiap model tampil dengan kelebihan tersendiri sama ada dari aspek prestasi, teknologi mahupun nilai yang ditawarkan. Bagi kebanyakan keluarga Malaysia, memilih sebuah SUV bukan sekadar melihat kepada angka kuasa enjin atau senarai kelengkapan semata-mata.
Faktor seperti kecekapan penggunaan bahan api, saiz ruang kabin, aspek keselesaan, teknologi keselamatan serta kos pemilikan jangka panjang turut memainkan peranan penting. Dalam aspek ini, Honda CR-V Baharu e:HEV menawarkan satu pakej yang cukup seimbang dalam semua aspek.
Teknologi e:HEV menawarkan kecekapan penggunaan bahan api

Salah satu kelebihan utama Honda CR-V Baharu e:HEV ialah sistem hibrid e:HEV yang telah digunakan secara meluas pada pelbagai model Honda di seluruh dunia. Sistem ini menggabungkan enjin petrol 2.0 liter kitaran Atkinson bersama motor elektrik untuk menghasilkan pemanduan yang lancar serta cekap.
Honda mendakwa CR-V Baharu e:HEV mampu mencatat penggunaan bahan api serendah 5.0 liter bagi setiap 100 kilometer. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan setiap hari atau sering melakukan perjalanan jauh, kecekapan ini mampu membantu mengurangkan kos bahan api dalam jangka panjang.
Mazda CX-5 dan Proton X70 pula masing-masing menggunakan enjin petrol konvensional yang lebih menumpukan kepada prestasi pemanduan, manakala GWM Haval H6 HEV turut menawarkan teknologi hibrid dengan karakter pemanduan tersendiri.
Setiap model mempunyai pendekatan berbeza, namun bagi pengguna yang mengutamakan keseimbangan antara prestasi dan penjimatan bahan api, sistem e:HEV Honda merupakan antara pilihan yang yang terbaik dalam semua aspek.
Prestasi yang lancar dan sesuai untuk pemanduan harian

Selain kecekapan bahan api, sistem hibrid Honda juga direka bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Gabungan kuasa keseluruhan menghasilkan sekitar 184 PS dan tork maksimum 335 Nm membolehkan pecutan berlaku secara linear dengan bantuan motor elektrik, menjadikan pemanduan lebih selesa terutama dalam keadaan trafik bandar.
Honda mendakwa CR-V Baharu e:HEV mampu mencatat penggunaan bahan api serendah 5.0 liter bagi setiap 100 kilometer. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan setiap hari atau sering melakukan perjalanan jauh, kecekapan ini mampu membantu mengurangkan kos bahan api dalam jangka panjang.
Mazda CX-5 terkenal dengan talaan casis yang memberi pengalaman pemanduan lebih sporty, manakala Proton X70 menawarkan karakter enjin turbo yang responsif. GWM Haval H6 HEV pula memberikan pecutan yang pantas hasil gabungan enjin petrol dan motor elektrik.
Namun bagi mereka yang lebih mengutamakan keselesaan ketika memandu setiap hari, sistem e:HEV Honda menawarkan penghantaran kuasa yang lebih lancar serta kabin yang lebih tenang ketika bergerak pada kelajuan rendah.

Ruang kabin dan but yang luas untuk kegunaan seisi keluarga
Bagi sebuah SUV keluarga, ruang dalaman merupakan antara aspek paling penting dan Honda memang dikenali sebagai pakar ruang dalaman. Honda CR-V Baharu menawarkan ruang kabin paling luas dalam segmennya yang menawarkan keselesaan kepada semua penumpang sama ada di bahagian hadapan mahupun belakang.
Ruang but berkapasiti 589 liter turut menjadi antara yang terbesar dalam kelasnya. Kelebihan ini memudahkan pemilik membawa pelbagai barangan seperti bagasi, kereta sorong bayi, peralatan sukan atau semua keperluan penting ketika pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga.
Mazda CX-5 lebih menumpukan kepada pengalaman pemanduan premium, manakala Proton X70 dan GWM Haval H6 HEV turut menawarkan ruang kabin yang praktikal. Namun bagi mereka yang kerap menggunakan ruang kargo secara maksimum, kelebihan ruang but CR-V Baharu memberikan nilai tambah yang sukar diketepikan.

Keselesaan yang sesuai untuk perjalanan jauh
Honda turut memberi perhatian terhadap aspek keselesaan menerusi talaan suspensi yang seimbang serta kabin yang direka bagi mengurangkan bunyi bising ketika pemanduan. Hasilnya ialah sebuah SUV yang sesuai digunakan untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jauh bersama keluarga.
Rekaan tempat duduk yang ergonomik serta susun atur kabin yang praktikal turut membantu meningkatkan keselesaan sepanjang perjalanan. Bagi pengguna yang sering memandu di lebuh raya atau membawa ahli keluarga, faktor ini mampu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyenangkan.
Honda SENSING memberikan keyakinan tambahan

Dalam aspek keselamatan, semua model yang dibandingkan hadir dengan pelbagai sistem bantuan pemandu moden. Honda CR-V Baharu e:HEV pula dilengkapi pakej Honda SENSING yang merangkumi pelbagai fungsi bantuan seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist System, Collision Mitigation Braking System serta beberapa ciri bantuan lain yang direka untuk meningkatkan keyakinan ketika memandu.
Kehadiran teknologi ini membantu mengurangkan beban pemandu ketika perjalanan jauh serta memberikan lapisan keselamatan tambahan dalam situasi pemanduan harian.
Nilai pemilikan jangka panjang masih menjadi kekuatan Honda
Selain spesifikasi dan kelengkapan, kos pemilikan jangka panjang juga merupakan antara faktor yang sering dipertimbangkan pembeli. Dalam aspek ini, Honda mempunyai kelebihan menerusi rangkaian lebih 90 pusat jualan dan servis di seluruh Malaysia yang memudahkan urusan penyelenggaraan.
Reputasi jenama Honda sebagai jenama legasi yang telah lama bertapak di negara ini turut memberikan keyakinan kepada pembeli dari segi sokongan selepas jualan serta nilai jualan semula yang kekal kompetitif.

Kesimpulan
Mazda CX-5, Proton X70 dan GWM Haval H6 HEV masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri mengikut keperluan pembeli. Mazda CX-5 menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporty, Proton X70 menampilkan pakej ciri yang menarik pada harga kompetitif, manakala GWM Haval H6 HEV memberikan alternatif kepada mereka yang ingin memiliki SUV hibrid moden.
Namun bagi pembeli yang mencari sebuah SUV keluarga dengan gabungan kecekapan penggunaan bahan api, prestasi yang lancar, ruang kabin luas, teknologi keselamatan moden serta keyakinan dari segi pemilikan jangka panjang, Honda CR-V Baharu e:HEV menawarkan satu pakej yang seimbang dan sesuai untuk memenuhi keperluan penggunaan harian serta perjalanan bersama seisi keluarga.







