
VIETNAM BAKAL ANJUR PERLUMBAAN FORMULA SATU PADA 2020
Rancangan untuk meletakkan Vietnam pada kalendar Formula 1 pada tahun 2020 dikatakan hampir menjadi kenyataan. Ia akan dimuktamadkan menjelang akhir musim ini, dengan sumber yang ramat dengan industri memaklumkan bahawa perjanjian telah pun dicapai.
Wakil dari Asia Tenggara ini dikatakan telah lama berada di bawah radar pemilik F1 Liberty Media. Litar perlumbaan dikatakan akan dibina terletak 12 kilometer di barat Hanoi.
Perbincangan telah berkembang dengan pantas di belakang tabir, dan menurut sumber Grand Prix Jepun hujung minggu lalu menegaskan bahawa perjanjian sudah ada untuk acara itu akan diteruskan pada tahun 2020.
Pengumuman rasmi mengenai perlumbaan yang akan menjadi pusingan tambahan baru kalendar F1 itu mungkin akan diumumkan pada bulan hadapan.
BACA: VINFAST, KERETA NASIONAL VIETNAM
Pengarah perlumbaan F1, Charlie Whiting telah melawat lokasi di Hanoi menjelang GP Jepun, dan mengatakan tidak ada keraguan bahawa kemudahan itu akan siap mengikut jadual.
“Belum ada perancangn khusus dalam pembinaan trek tersebut, tetapi lokasinya telah dikenal pasti,” katanya.
“Ia berada di peringkat reka bentuk dan saya fikir, sejauh yang saya ketahui, mereka membina untuk Grand Prix 2020. Ia tidak sepatutnya menjadi masalah berdasarkan pengalaman sebelumnya. ”
Whiting mengesahkan bahawa litar akan sebahagiannya berada di jalan raya, tetapi juga akan menampilkan bahagian baru yang dibina khusus untuk perlumbaan.
“Trek utamanya adalah di jalanraya, tetapi terdapat satu bahagian lagi yang belum dibina,” jelasnya.
“Di tapak terbuka itu nanti bangunan pit akan dibina.