Buletin

MITSUBISHI MUNGKIN HIDUPKAN SEMULA PAJERO. GUNA PLATFORM NISSAN PATROL

Mitsubishi didakwa akan menghidupkan kembali model Pajero dengan berkongsi platform Nissan Patrol generasi baru.

Memetik laporan CarsGuide, kemungkinan itu wujud berikutan Mitsubishi kini sudah menjadi sebahagian daripada pakatan Renault Nissan.  

Pada April lalu, Mitsubishi mengumumkan bahawa produksi Pajero akan dihentikan di Jepun apabila melancarkan model Final Edition selepas 37 tahun berada di pasaran.  

Pada Ogos, produksi Pajero di Eropah dan United Kingdom turut dihentikan, biarpun ia masih dijual di beberapa pasaran termasuklah Afrika Selatan. Untuk makluman, Pajero tidak pernah digantikan dengan model baharu sejak tahun 2006.

Rancangan itu mula didedahkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi, Trevor Mann pada acara Geneva Motor show 2007 di mana Nissan Patrol merupakan moel paling sesuai untuk penghasilan Pajero baharu.  

Ketua Mitsubishi Australia, John Signoriello bagaimanapun memberitahu dia tidak ada banyak maklumat untuk dikongsi.

“Pada masa sekarang, kami tidak diberitahu apa-apa. Cuma buat kerja sedia ada sahaja. Anda tidak akan tahu apa yang mampu ditawarkan oleh Pakatan pada masa depan.

“Inilah keistimewaan perkongsian produk dan platform dalam kalangan ahli pakatan. Apa pun, ia tetap berdasarkan kepada aspek perniagaan. Pakatan akan tentukan apakah platform paling sesuai untuk dikongsi,” kata Signoriello.

Google ads
Back to top button