Buletin

HONDA INDIA TAWAR JAMINAN SELAMA 10 TAHUN & PERBATUAN SEJAUH 1.2 JUTA KM!

Honda baru-baru ini memperkenalkan program jaminan istimewa ke atas semua modelnya di pasaran India dalam usaha meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggan.

Dikenali sebagai ‘Anytime Warranty’, skim itu membolehkan jaminan kenderaan dilanjutkan sehingga maksimum 10 tahun atau perbatuan sejauh 1.2 juta kilometer.

Ia akan menggunakan pek jaminan dengan setiap satunya menawarkan perlindungan selama setahun dengan perbatuan sejauh 20,000km.

 Jadi, pemilik kenderaan Honda boleh membeli program jaminan itu selagi usia kereta mereka kurang 10 tahun dari tarikh polisi bermula. Manakala odometer pula kurang 1.2 juta km.  

Seperti namanya, pelanggan memanfaatkan kemudahan itu pada bila-bila masa. Walaupun selepas jaminan standard dan lanjutan kereta sudah tamat.  

Rangkaian model sedia ada Honda seperti City, Amaze, Civic, Jazz, WR-V, BR-V, CR-V, Brio, Accord Hybrid dan Mobilio yang sudah ditamatkan pengeluaran ditawarkan dalam program jaminan ini.

Kemudahan itu boleh didapati  dari semua pengedar sah Honda di seluruh India. Ia juga boleh dipindahkan kepada pemilik baru jika kereta itu dijual atau dibeli.  

Yuran yang dikenakan ke atas ‘Anytime Warranty’ tertakluk kepada model, enjin dan tahun pemilikan kenderaan.

Kos yuran akan menjadi lebih tinggi jika program ‘Anytime Warranty’ dilanggan selepas jaminan standard/lanjutan kenderaan tamat.

Mazda CX30

Untuk makluman, kebanyakan model Honda kini didatangkan jaminan selama tiga tahun dengan perbatuan tanpa had, bersama pilihan jaminan lanjutan untuk dua tahun lagi.  

Honda bukanlah satu-satunya pengeluar kenderaan yang menawarkan perkhidmatan ini. Renault misalnya ada menawarkan program jaminan lanjutan selama tujuah tahun ke atas semua model keluarannya.  

Tags
Google ads
Back to top button