Artikel PilihanBuletin

MITSUBISHI OUTLANDER/AIRTREK – DAH HAMPIR 16 TAHUN RUPANYA

Sekarang ini apabila menyebut tentang SUV, boleh dikatakan produk yang popular ialah Honda CR-V atau Nissan X-Trail. Tetapi lama sebelum itu, Mitsubishi telah lama mempelopori konsep SUV melalui model Pajero.

Dengan Pajero, Mitsubishi menjadi popular dan memenangi hati ramai pembeli termasuklah kejayaan dalam perlumbaran rali Paris-Dakar.

Pajero masih wujud sehingga kini tetapi sudah tidak segah dulu malah berkongsi platform pula dengan Mitsubishi Triton. Di antara sebabnya ialah selera pasaran yang sudah beralih ke segmen SUV urban seperti Honda CR-V mahupun Nissan X-Trail.

Sememangnya Mitsubishi sebagai pakar SUV sudah mempunyai produk urban sejak dari dahulu lagi. Ia dikenali sebagai Mitsubishi Outlander atau lebih popular sebagai Airtrek di tempat kita.

Jika Honda baru sahaja memperkenalkan CR-V dengan enjn turbo, Mitsubishi sudah mendahului berbelas tahun melalui varian Airtrek Turbo yang dikuasakan oleh enjin Mitsubishi Lancer Evolution.

Tahun ini, Outlander sudah memasuki tahun keenam belas. SUV itu mula dipamerkan sebagai Active Sports Crossover Concept pada pameran kenderaan Detroit pada tahun 2000. Ia pertama kali diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2001 dan di Eropah pada tahun 2003.

Pada masa itu, Mitsubishi menggunakan tema crossover buat kali pertama bagi mengambarkan segmen kenderaan yang semakin popular tersebut.

Mitsubishi memperkenalkan Outlander sebagai Airtrek di pasaran kita sebelum menukarnya kepada Outlander selepas beberapa tahun.

Model generasi kedua menggunakan platform ‘Project Global’ yang turut diguna pakai oleh pengeluar kenderaan lain. Model ini tidak dipasarkan di dalam negara kecuali yang dibawa secara persendirian.

Mitsubishi Outlander kini sudah memasuki generasi ketiga dan ia turut dijual di sini dalam versi 2.4 liter dengan spesifikasi yang agak lengkap.

Satu fakta menarik walaupun Outlander generasi ketiga dilihat dibayangi oleh CR-V mahupun X-Trail namun MMC bijak memasarkannya. Outlander PHEV sekarang ini adalah kenderaan plug-in hybird paling laris di dunia.

United Kingdom adalah pasaran terbesar Outlander di Eropah. Pada tahun 2013, jualan kumulatif PHEV di UK hanyalah 989 unit sahaja. Mitsubishi mula menjual Outlander PHEV pada tahun 2014 dan sehingga Oktober 2016 telah berjaya menjual lebih dari 25,000 unit menjadikan ia sebagai PHEV yang paling digemari di sana.

Jika ada yang bertanya, adakah Mitsubishi tidak mahu mengulangi sejarah Airtrek dengan enjin turbo lagi? Enjin turbo nampaknya sudah lama ditinggalkan oleh Mitsubishi dan bermula dengan Outlander generasi ketiga, pengeluar itu akan melancarkan beberapa lagi kenderaan PHEV atau elektrik sepenuhnya.

Apa? Honda HR-V? Nissan Qashqai? Mitsubishi dahulu pernah ada Pajero iO atau Pajero Mini.

BACA: MITSUBISHI EVO 9 WAGON – KERETA SPORT BAPA MITHALI

BACA: LAGENDA EVO – APABILA 6 TERLALU MAINSTREAM, 4 LEBIH BAIK!

Gambar generasi Mitsubishi Outlander/Airtrek dari generasi pertama hingga ketiga:

Google ads
Back to top button