Artikel Pilihan

GIIAS 2026: BYD M6 iDM, MPV PHEV DENGAN 1000KM PERJALANAN

BYD menguatkan jenama di pasaran Indonesia dengan memperkenalkan BYD M6 DM, iaitu versi plug-in hybrid (PHEV) bagi MPV tujuh tempat duduk M6 sempena penganjuran Gaikindo Indonesia International Auto Show 2026. Sebelum ini, M6 hanya ditawarkan sebagai model elektrik sepenuhnya (BEV), namun pengenalan varian DM memberikan pilihan baharu kepada pengguna yang mahukan kelebihan pemanduan elektrik tanpa bergantung sepenuhnya kepada rangkaian pengecas awam.

BYD M6 DM menggunakan teknologi Dual Mode (DM) yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter empat silinder naturally aspirated dengan sebuah motor elektrik. Enjin tersebut menghasilkan 101 PS, manakala motor elektrik pula menjana 163 PS dan 210 Nm, dengan kuasa disalurkan ke roda hadapan. Gabungan sistem ini menawarkan pemanduan yang lebih cekap, lancar serta sesuai untuk kegunaan harian di bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Model ini ditawarkan dengan dua pilihan bateri Blade Battery berasaskan lithium iron phosphate (LFP) dengan varian asas menggunakan bateri berkapasiti 10.08 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sehingga 55 km mengikut kitaran NEDC, manakala varian lebih tinggi dilengkapi bateri 18.3 kWh dengan jarak pemanduan elektrik sehingga 110 km (NEDC).

Apabila digabungkan dengan setangki bahan api, MPV ini mampu menawarkan jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,000 kilometer, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai jarak perjalanan. Dari segi pengecasan, BYD M6 DM menyokong pengecasan AC dan juga pengecasan pantas DC.

Bagi varian dengan bateri 18.3 kWh, pengecasan menggunakan pengecas pantas DC dari 30 hingga 80 peratus hanya mengambil masa sekitar 25 minit. Model ini turut dilengkapi fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan tenaga daripada bateri digunakan untuk menghidupkan pelbagai peralatan elektrik luaran.

Dari aspek dimensi, BYD M6 DM mempunyai ukuran 4,710 mm panjang1,810 mm lebar dan 1,690 mm tinggi, dengan jarak roda sepanjang 2,800 mm. Saiz ini membolehkan ia menawarkan konfigurasi tujuh tempat duduk, sekali gus menjadikannya sesuai sebagai kenderaan keluarga.

Rekaan luarannya mengekalkan identiti BYD M6 EV, namun dibezakan menerusi gril hadapan baharu dengan bukaan udara lebih besar bagi membantu penyejukan enjin petrol. Selain itu, MPV ini turut dilengkapi lampu utama LED sepenuhnya serta rim aloi bersaiz 17 inci yang melengkapkan penampilannya.

Bahagian kabin pula menampilkan susun atur moden dengan paparan instrumen digital bersaiz 5 inci serta skrin infotainmen berputar bersaiz 12.8 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Turut disediakan ialah pengecas telefon pintar tanpa wayar, manakala tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat bagi memberikan ruang simpanan yang lebih luas apabila diperlukan.

Dari aspek keselamatan, varian tertinggi BYD M6 DM dilengkapi pakej bantuan pemanduan BYD DiPilot yang merangkumi pelbagai ciri ADAS seperti Adaptive Cruise Control (ACC)Autonomous Emergency Braking (AEB)Lane Departure Warning (LDW)Lane Keeping Assist (LKA)Blind Spot Detection (BSD)Rear Cross Traffic Alert (RCTA)Rear Cross Traffic Brake (RCTB)Traffic Sign Recognition (TSR)High Beam Assist (HBA) serta sistem kamera 360 darjah.

Di Indonesia, BYD M6 DM ditawarkan pada harga bermula sekitar RM67,000, menjadikannya antara MPV PHEV tujuh tempat duduk paling mampu milik di pasaran negara itu. Dengan gabungan kecekapan sistem hibrid, jarak pemanduan elektrik sehingga 110 km, kelengkapan teknologi moden serta ciri keselamatan yang lengkap, BYD M6 DM dijangka mampu menarik perhatian pengguna yang mahukan sebuah MPV praktikal dengan kos penggunaan yang lebih rendah berbanding model petrol konvensional.

Google ads
Back to top button