Buletin

SAKSIKAN BAGAIMANA MCLAREN 720S BERSAIZ SEBENAR DIHASILKAN DARIPADA LEGO

Korang pernah main Lego tak? Kalau tak pernah memang koman habih la bagi generasi X dan Y. Zaman Pak Amid dulu Lego ni memang mainan anak orang kaya. Sekarang ni bersepah Lego buatan China. Ligo, Bego, Sogo haih macam-macamlah bunyinya. Lupakan barang keluaran China tu sebab ini kisah bagaimana sekumpulan pereka menghasilkan sebuah McLaren 720S terbaru menggunakan Lego khusus untuk Goodwood Festival of Speed.

Ia merupakan projek khas McLaren untuk kebajikan di mana kereta ini dihasilkan menggunakan 280,000 cebisan Lego. Macam mana hebat hasilnya, macam itu lah juga kita akan teruja bila melihat para pereka ini membinanya.

McLaren menunjukkan proses bagaimana kereta ini dibina dalam video yang cuma berdurasi satu minit. Dikatakan sejumlah 2,000 jam diperlukan untuk menyiapkannya dan apa yang menariknya sebahagian besar komponen kereta ini memang dihasilkan daripada Lego. Bukan hanya bahagian luaran malah dalaman juga dihasilkan daripada Lego.

BACA: INI BARU BERBALOI – PEGUAM DI JEPUN INI PANDU MCLAREN P1 SETIAP HARI KE PEJABAT

Hanya satu bahagian kerangka dalaman sahaja dihasilkan daripada logam selain dua struktur yang diperlukan untuk menempatkan rim dan tayar. Malah Lego 720S ini juga cukup kukuh kerana jika disaksikan dalam video terdapat beberapa kali di mana para pereka ini dengan selambanya duduk di atas hud tanpa sebarang masalah. Kalau kereta sebenar pun biasanya kita tidak duduk di atas hud tu kan?

Apa pun ia sememangnya satu hasil seni yang sangat menarik walaupun ia sebenarnya sangat sukar dilakukan. Maunya tak, seorang sebiji lap top digunakan sebagai panduan dan bukannya menggunakan kertas panduan kecil seperti Lego biasa.

Mereka juga tidak menyiapkannya seratus peratus sebelum dibawa ke Goodwood Festival of Speed kerana baki Lego terakhir berjumlah 13,000 cebisan telah dilengkapkan di temasya permotoran tahunan itu agar hasilnya lebih dramatik. Sejumlah £2,700 berjaya dikumpul untuk kebajikan melalui pameran McLaren 720S yang dihasilkan daripada Lego tersebut.

Google ads
Back to top button