Buletin

MODEL BAHARU 2014

Esok kita akan menjengah tahun baharu 2014. Satu lagi tahun yang mencabar untuk para pengeluar kereta. Tetapi tahun yang menarik buat mereka yang merancang membeli kereta baharu. 

71650cit-1

Sebabnya, lebih 20 buah kenderaan baharu atau facelift bakal diperkenalkan ke pasaran tempatan. Pendek kata, pasti ada sebuah kereta untuk semua orang. Sama ada segmen A, B, C, D, MPV, SUV mahupun model-model premium.

SONY DSC

Baiklah. Bagi memudahkan bacaan, ada baiknya saya kategorikan kereta-kereta ini mengikut segmennya. Untuk segmen A, model yang paling ditunggu-tunggu pastinya Proton Global Small Car (GSC). Model dengan kod Proton P2-30A itu sudah banyak kali dilihat menjalani ujian. Bagaimanapun, rekaan penuh atau spesifikasinya masih kekal misteri.

SONY DSC

Turut mengiringi Proton GSC dalam segmen A ialah dua model dari Eropah iaitu Volkswagen Polo hatchback CKD dan Ford Fiesta Ecoboost yang akan diperkenalkan pada suku pertama tahun 2014. Mungkin boleh diselitkan ke dalam segmen ini ialah Honda Jazz generasi baharu dan Citroen DS3.

slider luar

Segmen B (model bukan nasional) yang kini dikuasai oleh model-model seperti Toyota Vios dan Nissan Almera bakal dicabar oleh Honda City baharu. Hadir dengan rekaan segar dan pelbagai penambahbaikan, City ialah sedan entry level jenama Jepun yang perlu diambil perhatian.

270613maz-d

Seperti biasa, segmen C menyaksikan persaingan yang cukup sengit. Toyota bakal tampil dengan Corolla Altis. Ia kemudian pastinya dicabar hebat oleh Mazda3, Nissan Sylphy dan Hyundai i30. Oh Ya, Kia Cerato Koup juga akan membuat penampilan pertamanya di Malaysia.

slider dlm (1)

Kelas sedan eksekutif atau segmen D pada tahun 2014 nampaknya kurang meriah. Setakat ini, model yang dijangka diperkenalkan hanyalah Kia Optima K5, Nissan Teana facelift dan mungkin model daripada Chevrolet iaitu Malibu atau Impala.

alza facelift

Bagi peminat Perodua, anda pasti gembira kerana pengeluar kenderaan nasional kedua itu akan menawarkan MPV kompak Alza yang telah ditambah baik. Jika anda mahukan MPV bersaiz lebih besar, pilihan yang ada ialah Peugeot 5008 (facelift) dan Citroen Grand C4 Picasso.

ASX

Tahun 2014 turut menyaksikan segmen SUV dimonopoli oleh pengenalan model-model SUV kompak atau crossover. Antara model yang menjadi perhatian ialah Mitsubishi ASX CKD, Ford EcoSport (dilancarkan pada suku ketiga 2014), Peugeot 2008 serta dua model dari China, GWM M4 dan GWMH6.

Pug 2008

Bagi segmen premium pula, Audi dikhabarkan bakal memperkenalkan tiga model baharu. Mecedes-Benz mungkin menawarkan E-Class, selain model lebih mewah seperti Porsche Macan.

Ok. Dah buat keputusan nak beli kereta apa?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button