NISSAN ALMERA 2024 UNTUK THAILAND, KERUSI QUOLE MODURE
Nissan Almera N18 terus dipertingkat di Thailand dan model tahun 2024 ditambah kerusi Quole Modure yang berkesan dalam mengurangkan panas.
Kerusi balutan Quole Modure ditawarkan pada Almera V dan VL. Bahan itu membantu mengurangkan haba terkumpul dan menambah keselesaan buat pemandu dan penumpang.
Bagi meningkatkan keselamatan dan kesenangan pengguna, Nissan turut menambah fungsi kunci pintar dengan kunci dan buka kunci automatik.
Pemandu hanya perlu meninggalkan kereta dan sistem akan mengunci secara automatik dan membuka kunci juga secara automatik apabila pemandu kembali dan menghampiri kereta.
Aplikasi Nissan Connect Services pula mempunyai fungsi butang SOS yang menghubungkan pusat bantuan kecemasan Nissan dengan sistem audio kereta.
Aplikasi itu mengandungi pelbagai maklumat seperti jadual penyelenggaraan, jarak pemanduan dan memberi amaran sekiranya memandu lebih had kelajuan atau sesuatu yang tidak kena dengan kereta.
Apabila penggera kecurian berbunyi atau kereta dipandu melebihi kawasan yang ditetapkan sistem akan memaklumkannya kepada pemandu secara serta untuk tindakan lanjut seperti pengesanan kereta.
Lagi fungsi seperti menghidupkan enjin dari jauh dan mengaktifkan penyaman udara dan fungsi kawalan jauh lain seperti penguncian, hon, lampu dan My Car Finder.
Menggerakkan Almera 2024 ialah enjin yang sama iaitu HRA0 1.0 liter turbo tiga silinder yang menghasilkan 100 ps dan tork 152Nm.
Bukan sahaja sesaran enjin kecil, Almera turut dilengkapi sistem Henti Melahu untuk menjimatkan lagi penggunaan petrol. Nissan memaklumkan seliter petrol boleh dipandu sehingga 23.3 kilometer.
Enjin dipadan bersama kotak gear Xtronic CVT dengan D-Step Logic untuk penukaran gear yang lancar dan pecutan serta-merta.
Dari segi keselamatan, pakej Nissan 360° Safety Shield dilengkapi fungsi Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), ntelligent Around View Monitoring (IAVM) dan Pengesanan Objek Bergerak (MOD).
Lagi fungsi seperti Amaran Pelanggaran Depan Pintar (IFCW), Amaran Titik Buta (BWS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).
Almera 2024 turut dilengkapi Bantuan Lampu Tinggi (HBA), Amaran Penukaran Lorong (LDW) dan Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS).
Enam Beg Udara tersedia pada semua varian. Perkakasan lain seperti Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pembahagian Daya Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
Almera 2024 ditawarkan dalam empat varian iaitu E, EL, V dan VL.
Berkenaan rekaan luar, Almera Thailand nampak berbeza kerana menggunakan versi rupa baharu yang diperkenal pada 2023.
Senarai varian dan harga Nissan Almera 2024 Thailand:
- E: 549,000 baht (RM70,525)
- EL: 589,000 baht (RM75,663)
- V: 669,000 baht (RM85,940)
- VL: 699,000 baht (RM89,801)
Kredit gambar: Nissan