HONDA JAZZ 2023 DILANCARKAN DI INDONESIA – TAMPIL LEBIH MODEN, LASAK DAN HARGA KOMPETITIF
Honda Jazz 2023 secara rasmi dilancarkan di Indonesia dengan penampilan lebih segar, moden serta lasak.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2001, Honda Jazz kini telah memasuki generasi keempatnya, menunjukkan evolusi yang ketara dalam reka bentuk dan prestasi.
Bukan itu sahaja, bahagian dalam Honda Jazz generasi terbaru turut mengalami perubahan, memberikan pengalaman pemanduan berbeza berbanding generasi terdahulu.
Dengan dimensi sekitar 3,900mm panjang, 1,695mm lebar dan 1,525mm tinggi, Honda Jazz 2023 mempunyai saiz ideal untuk keperluan bandar.
Mempunyai berat sekitar 1,050 kilogram, ia memberikan kebolehgerakan responsif dan kecekapan bahan api lebih baik.
Kelebihan lain terletak pada penggunaan lampu LED di hadapan dan belakang, memberikan pencahayaan yang tajam dan kesan lebih elegan.
Walaupun kategori kereta hatchback sering dikaitkan dengan kabin yang sempit, Jazz 2023 membuktikan sebaliknya.
Ia direka untuk memberikan keselesaan pemandu dan penumpang, dengan kabin serba luas selain konfigurasi tempat duduk menyediakan ruang kaki yang optimum untuk semua penumpang.
Sebagai salah satu model Honda dipasang di Indonesia, Jazz 2023 adalah pilihan strategik.
Generasi ketiga sebelum ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter untuk kedua-dua varian ditawarkan, serta dua pilihan transmisi.
Harga mampu milik menjadi tarikan tambahan, bermula dari IDR 252 juta (RM75,709) untuk varian manual sebagai standard, sehingga IDR 295 juta (RM88,636) untuk varian tertinggi, Jazz RS CVT.
Harga ini menjadikan Honda Jazz 2023 pilihan menarik dalam segmen hatchback di Indonesia.