Buletin

MODEL KONSEP KIA CUB

Kia Motors Corporation dilihat berjaya menarik perhatian ramai sewaktu pameran Seoul International Motor Show baru-baru ini apabila memperkenalkan model konsep terbaharunya, CUB.

CUB direka di ibu pejabat Kia di Seoul, Korea Selatan di bawah pemantauan Presiden dan Ketua Pegawai Reka Bentuk, Peter Schreyer. Hanya sepanjang kurang empat meter, jentera itu memiliki bukaan pintu yang unik, tiada tiang B dan mengetengahkan konsep ‘akses ke semua bahagian’.

“Kia CUB ialah coupe empat pintu kompak yang fokus kepada prestasi pemanduan dan  praktikaliti. Digayakan untuk menarik minat orang bandar, CUB menampilkan kabin berkapasiti empat tempat duduk yang selesa dan membangkitkan emosi, selain menawarkan keselesaan dunia sebenar,” kata Timbalan Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Kia Motors Corporation, Thomas Oh.

mekanika - CUB  (2)

Gayaan luaran CUB menyerlahkan rekaan yang kemas dan kecil. Di samping wajah yang ceria dan karekter berani. Ciri rekaan itu sebenarnya telah dicipta oleh Peter Schreyer untuk model konsep Kia Kee 2+2 pada tahun 2007, tetapi bentuknya telah disemak semula.

Bahagian ‘hidung’ CUB mempunyai motif rekaan yang ada pada model Optima, Sportage dan cee’d. Interpretasi grilnya pula mengambil kira aspek pengambilan udara untuk enjin turbocharger.

Lampu utamanya terdiri daripada butiran LED, hampir sama dengan apa yang ditampilkan pada model sedan Kia Quoris tahun lalu. Manakala rim aloi bersaiz 19 inci mengisi bahagian  arca roda dengan sempurna.

mekanika - CUB  (3)

Dengan empat tempat duduk, CUB menawarkan ambien dalaman yang unik. Kabin ini mencetuskan sensasi kemewahan apabila menggunakan kemasan kulit berwarna hitam bersama calitan warna kuning pada tempat duduk, perehat tangan dan stereng.

Rekaan kluster instrumen diinspirasikan daripada mata binatang liar. Konsol tengahnya cukup minimalis dengan corong pendingin hawa yang dikawal oleh alat pengesan sentuhan. Untuk keselamatan tambahan, sterengnya mampu memantau bioritma pemandu.

mekanika - CUB  (9)

CUB dipasang dengan unit enjin GDi (Gasoline Direct injection) versi baharu bersesaran 1.6 liter. Ia disahkan sebagai enjin yang akan digunakan pada model Kia pro_cee’d GT dan cee’d GT baharu untuk pasaran Eropah.

Dilengkapi sistem twin-scroll turbocharger dan komponen dalaman yang diperkukuhkan, enjin itu mampu menghasilkan 51 peratus lebih kuasa (204) dan lebih banyak tork (265Nm) berbanding enjin 1.6 liter biasa.

Dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan,CUB boleh memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 7.7 saat. Kelajuan maksimumnya ialah 230km/j.

Setakat ini, Kia masih belum merancang untuk memproduksi CUB.
[hr]

Galeri

mekanika - CUB  (1)mekanika - CUB  (4)mekanika - CUB  (6)mekanika - CUB  (7)mekanika - CUB  (8)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button