Buletin

KIA NOMBOR 1 DI UK, UNGGULI JUALAN JAN – MAC 2022, SPORTAGE DAN PICANTO LAKU!

Persatuan Pengeluar dan Pedagang Kenderaan Bermotor (SMMT) di United Kingdom baru sahaja mengeluarkan angka jualan kenderaan dan tahukah anda syarikat mana nombor satu?

Seperti tajuk artikel ini, Kia mengungguli jualan dari Januari hingga Mac 2022!

Kia UK Limited berjaya menjual 32,119 unit kenderaan dalam tempoh tiga bulan dengan pegangan pasaran sebanyak 7.7 peratus.

Angka itu memecahkan rekod tertinggi sebelum ini pada tahun 2019 dengan jualan 29,954 unit.

Prestasi yang dicatatkan disumbang oleh pembekalan yang lebih baik, permintaan tinggi dan kejayaan berterusan model-model Kia yang bagus.

Tahun 2022 dimulakan dengan baik, jualan Januari sebanyak 10,504 unit namun jatuh kepada 3,795 unit pada Februari sebelum melonjak kepada 17,820 unit pada Mac!

Jualan Kia pada Mac menyaksikan peningkatan 58 peratus (tahun ke tahun) pada masa pasaran kereta jatuh 14 peratus.

Model mana yang terima sambutan hangat? Kia Sportage yang juga model kedua paling banyak dibeli di UK dari Januari hingga Mac.

Jualan Sportage dalam tempoh tiga bulan ialah 8,697 unit dengan bulan Mac sahaja sebanyak 4,563 unit.

Selain itu, model elektrifikasi Niro juga menerima permintaan kukuh dan merupakan SUV kompak keempat terlaris dan model kesepuluh terlaris dengan jualan 7,194 unit setakat bulan Mac.

Model elektrik e-Niro pula adalah kenderaan elektrik kedua terlaris pada bulan Mac dan dalam tempoh tiga bulan iaitu sebanyak 1,916 unit dan 3,852 unit.

Sementara itu, model baharu Kia EV6 yang dilancarkan pada penghujung 2021 pertama kali berada di dalam senarai sepuluh EV terlaris dengan jualan 1,578 unit dalam tempoh tiga bulan.

Satu lagi fakta menarik, Picanto yang merupakan kereta paling kecil di UK berada di tempat pertama dalam segmen Kereta Bandar.

Jualan pada Mac sebanyak 2,392 unit manakala dari Januari hingga Mac pula berjumlah 3,883 unit dengan pegangan pasaran sebanyak 24 peratus.

Berikut ialah ringkasan jualan kereta di UK dari Januari hingga Mac 2022:

Lima model terlaris Januari hingga Mac 2022:

  1. Vauxhall Corsa : 9,797 unit
  2. Kia Sportage : 8,697 unit
  3. Ford Puma : 8,528 unit
  4. Hyundai Tucson : 7,889 unit
  5. MINI : 7,860 unit

Lima model terlaris Mac 2022:

  1. Tesla Model Y : 6,464 unit
  2. Tesla Model 3 : 6,457 unit
  3. Vauxhall Corsa : 5,515 unit
  4. Nissan Qashqai : 5,401 unit
  5. Hyundai Tucson : 4,876 unit

BACA: KIA NO. 3 KENDERAAN BOLEH DIHARAP DI AS!, KAJIAN J.D POWER 2022

BACA: PANDU UJI: KIA CARNIVAL 2022, MUAT SEKELUARGA, DRIVE RASA MACAM KERETA

BACA: KIA FORTE GT 2022, 1.6L TURBO 200HP 6 KELAJUAN MANUAL!

Google ads
Back to top button