Buletin

SPORTAGE MODEL KIA NOMBOR 1 DI AMERIKA SYARIKAT DARI JAN HINGGA JUN 2022

Kia sememangnya berani apabila memperkenalkan Sportage 2023 (generasi kelima) dengan reka bentuk revolusi berbanding evolusi.

Reka bentuk Sportage 2023 tampil unik dengan bahagian depan dan belakang yang tersendiri.

Apabila pendekatan revolusi digunakan risikonya ialah sama ada boleh diterima dengan baik atau tidak.

Nampaknya pendekatan itu dilihat berjaya dengan mengambil kira sambutan Sportage di Amerika Syarikat. 

Jualan keseluruhan Kia pada bulan Jun mencatatkan 65,142 unit atau peningkatan 12 peratus berbanding bulan lalu.

Model terlaris ialah Sportage dengan angka jualan 14,153 dan merupakan rekod jualan bulanan tertinggi.

Jun juga adalah bulan ketiga berturut-turut jualan SUV itu melebihi angka 10,000 unit dan menyumbang kepada nisbah penguasaan SUV kepada 71 peratus daripada angka keseluruhan jualan.

Kia juga mencatatkan pegangan pasaran terbesar dan memecahkan rekod yang dicapai pada Julai 2021.

Sportage 2023 sebenarnya baru sahaja memasuki pasaran beberapa bulan lalu dan sudah pun berjaya menunjukkan taringnya dan dilihat mampu meneruskan kecemerlangan model sebelum ini.

Sebagai perbandingan, jualan Sportage generasi keempat pada bulan Jun tahun 2021 ialah sebanyak 11,828 unit dengan jualan dari Januari berjumlah 53,374 unit.

Jualan kedua-dua generasi dari Januari hingga Jun 2022 pula adalah sebanyak 52,356 unit.

Untuk Sportage 2023, Kia menggunakan falsafah baharu Opposites United dan secara langsung membezakannya dengan SUV lain di pasaran.

Falsafah sama juga boleh dilihat pada model elektrik EV6 yang tampil dengan rekaan tersendiri.

Seperkara lagi, Sportage dibuat dan dipasarkan dalam dua ukuran saiz. Model yang lebih panjang dipasarkan di Amerika Syarikat manakala versi pendek di Eropah.

Bagaimana dengan pasaran tempatan kelak? Kia tidak pernah lagi ketinggalan dalam memasarkan Sportage sejak generasi pertama dan model baharu katanya akan ditawarkan pada tahun 2023.

Di Amerika Syarikat, harga Sportage 2023 bermula dari USD$25,990 (RM114,693) hingga USD$36,790 (RM162,354)

Selain Sportage model manakah yang menerima sambutan baik? Berikut disenaraikan jualan dari Januari hingga Jun 2022:

  1. Kia Sportage – 52,356 unit
  2. Kia Forte – 51,806 unit (sedan masih lagi hebat!)
  3. Kia Telluride – 46,893 unit
  4. Kia Sorento – 39,045 unit
  5. Kia K5/Optima – 35,312 unit

BACA >>> KIA GRAND CARNIVAL, 2.2 TURBODIESEL DENGAN 199 KUASA KUDA DAN 440NM TORK

BACA >>> KIA NO. 3 KENDERAAN BOLEH DIHARAP DI AS!, KAJIAN J.D POWER 2022

BACA >>> KIA FORTE GT 2022, 1.6L TURBO 200HP 6 KELAJUAN MANUAL!

Google ads
Back to top button