Artikel Pilihan

PERJALANAN KIA SPORTAGE SELAMA 30 TAHUN

Sebut Kia Sportage memang ramai yang kenal, malah satu dunia memang kenal. Kia Sportage ini merupakan merupakan kenderaan terlaris Kia di United Kingdom, Eropah dan juga di seluruh dunia. Kira model cari makan untuk Kia.

Kini, Kia meraikan ulang tahunnya yang ke-30 setelah mula dijual di seluruh dunia bermula pada tahun 1993. Kia Sportage ini pula telah diperkenalkan di UK dua tahun kemudian, dengan jualan bermula pada 1995.

Siapa sangka, SUV yang buat pertama kalinya diperkenalkan 30 tahun dahulu telah pun mempunyai lima generasi sehingga kini dan terus menjadi pilihan sebagai kenderaan keluarga yang moden, bergaya serta mempunyai teknologi terkini. Rekod jualannya di seluruh dunia telah melebihi angka tujuh juta unit termasuk 384,000 unit di UK sahaja.

Generasi pertama mula diperkenalkan pada Julai 1993 Seoul Korea Selatan dengan menampilkan rekaan yang boleh tahan bergaya untuk sebuah SUV pada zaman itu. Tahukah bahawa di awalnya, Kia Sportage ini banyak berkongsi komponen mekanikal daripada Mazda termasuklah enjin dan sistem transmisi yang mana kita itu, Mazda dan Ford merupakan rakan kerjasama.

Generasi kedua Kia Sportage ini pula hadir bermula tahun 2005. Dan kali ini mereka telah memilih rakan baharu iaitu Hyundai untuk bekerjasama. Generasi kedua Kia Sportage ini turut mempunyai kembarnya iaitu Hyundai Tucson. Cuma generasi kedua ini kurang sedap mata yang memandang terutamanya pada bahagian fender hadapan dan belakang. Kembang tak tentu pasal.

Mujur juga generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2010 telah berjaya memulihkan maruah Kia Sportage yang tampil dengan imej yang lebih elegan dan juga kompak. Terima kasih kepada sang pereka, Peter Schreyer yang sebelumnya telah menghasilkan beberapa model menarik untuk Audi dan juga Volkswagen.

Jikalau generasi ketiga sudah dianggap cukup menarik, generasi keempat juga lebih menarik dengan beberapa bahagian kelihatan lebih tajam permukaan yang licin diilhamkan daripada jet pejuang moden. Lebih cantik dan menarik apabila lampu utama dinaikkan sedikit ke atas berbanding model sebelumnya yang duduk sebaris dengan gril.

Legasi Kia Sportage kini diteruskan dengan generasi kelima yang telah diperkenalkan pada tahun 2021 dengan rekaan yang jauh lebih moden dan menarik. Selain daripada trenkuasa terdiri dariapda enjin petrol dan diesel, teknologi hibrid / PHEV turut diperkenalkan.

Sepanjang tempoh ini, Kia Sportage ini telah berubah daripada fungsi sebuah SUV utiliti yang lasak kepada model kenderaan yang lebih mewah dan selesa yang dikhususkan kepada keluarga muda serta golongan profesional. Sungguh pun demikian Kia Sportage tidak pernah kehilangan mana-mana keupayaan sebagai SUV untuk membawa beban muatan serta masih mampu memuatkan lima penumpang dengan selesa sambil membawa muatan yang mengagumkan.

Rekod jualan Kia Sportage di UK

Generasi Pertama (1995-2003): 10,897
Generasi Kedua (2005-2010): 23,371
Generasi Ketiga (2010-2016): 95,626
Generasi Keempat (2016-2022): 197,547
Generasi Kelima (2022-sekarang): 57,337 (*setakat 13 November 2023)

BACA : ALKISAH KIA SPORTAGE – LAGENDA SUV KIA

BACA : KIA SPORTAGE CATAT JUALAN TOP 10 DI UK PADA BULAN JULAI

Google ads

B K

Back to top button